Bismillah dan salam, Entri tahun baru ini sepatutnya disiapkan seawal 1 januari lagi.Maaf agak sibuk untuk menulis.Er,apa yang harus aku ceritakan ha?. Oh ya,ku khabarkan mahu berkongsi pendapat tentang isu 2012 dientri yang lalukan.Aku rasa kamu semua sudah dapat gambaran tentang 2012,ya,ada yang mengatakan itu tahun kiamat dan ada yang mengatakan itu permulaan kiamat dan terdapat juga yang percaya tilikan kaum Mayan dan Nostradamus.Wallahualam,tapi bagi kita,Muslim kembali ke telunjuk Islam adalah wajib.Terdapat 3 perkara yang ditentukan oleh Allah,ya betul ajal maut,rezeki dan jodoh.Tarikh kiamat juga dirahsiakan dari umat manusia.Ok rezeki dan jodoh tu tiada kaitan dengan 2012,er,mungkin penulis bertemu jodoh pada tahun itu,haha.Tetapi ajal itu pasti. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ing