Skip to main content

Posts

Showing posts with the label short note

Short note: Tazkiyatul Nafs

Tadaruk = kerendahan diri. Yang dikatakan dengan tadaruk itu ialah suasana atau keadaan yang merendahkan diri 100% kepada Allah swt. Satu konsep yang mentafsirkan kefakiran diri, mengharap dengan sebenar-benar harapan bagai si fakir yang menadah tangan meminta-minta dari seseorang kepada sang Rabbul alamin. [alAn'am 6:42-43] Natijah diberi kesukaran dan tribulasi itu agar kita memohon kepada Allah dengan kerendahan hati serta amarah kerasnya hati itu membuatkan maksiat itu kebaikan bagi sesetengah. 2 situasi yang seharusnya mendekatkan diri pada illahi: 1-Ujian kesukaran; supaya kita sentiasa sujud meminta padaNya 2-Ujian kesenangan; supaya kita sentiasa bersyukur atas nikmat Allahu taala a'lam bissawaq -Have taqwa kawans, pandang dan fikirkan hal yang baik-baik saja lagi-lagi terhadap saudara seakidah. Pesan murabbi dulu, selagi mana suuzhon itu hanya zahir di dalam hati abaikan. Sikap bersangka-sangka ini membunuh husnuzhoon. Maafkan orang sebelum tidur.

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi 1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH SWT dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad sallallahu 'a laihi wasallam. 2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada Sunnah Nabi kalian yang agung. 3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru k...

Khutbah Jumaat: Masjid Shah Iium: Ustaz Navail Aziz: Dua' an act of redemption

Bismillah, A brief about the khutbah just now that delivered by Syeikh Navaid Aziz from Canada. Syeikh elaborate the meaning of a dua'. Few criteria been given by him. 1- A dua' begin with tahmid (puji-pujian) and end also with tahmid. Observe in suratul Fatihah at the beginning of the ayah is the praise to Allah swt, and verse number 6 is the dua'; to show us the straight path. 2-Make dua' with the language or by mean we understand the content of the dua'. Allah swt is the creator of the languages , He knows. 3- Sincere with your dua', ask Allah swt with yakin. He love us to keep on asking. 4- Make dua' not only for this life in this dunya but also for the akhirah. Syeikh reminiscent the story of Adam a.s with Iblis. Upon the sin committed by Adam a.s, he repent by make a dua' like in suratul alAraf : 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ Ertinya:  Keduanya berkat...

Plagiat:Bermuamalah Dengan Baik Sesama Manusia

Ust Yasir Ramlee berpesan:  Bermuamalah dengan manusia dengan baik salah satunya adalah melalui interaksi yang baik. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas sehinggakan tidak perlu berjela -jela, terutama dalam urusan membabitkan pekerjaan. Penggunaan tuturkata dan laras bahasa yang baik kepada orang yang diajak bicara membuatkannya senang menerima mesej bicara. Sebaliknya kata-kata kesat dan sinis hanya membuatkan insan lain merasa benci dan meletakkan "penghalang" daripada menerima mesej yang hendak disampaikan walaupun ia benar. Selain daripada itu juga, bermuamalah dengan baik juga dipengaruhi oleh keadaan mimik muka atau ekspresi si pembicara. Adalah Nabi shallallahu 'alahi wasallam itu orangnya senantiasa tersenyum dan tidaklah lebih daripada itu. Tidak terbahak semasa suka dan tidak juga bermasam muka. Sentiasa berwajah serius dan kusam menyebabkan orang menjauhkan diri. Manakala sering-sering berseloroh dan bermain-main menjadikan empunya diri kelihatan ...

Nak dengar cerita seram? : kiamat

"Engkau percaya dengan hari kiamat tak?.." sergah Mior memecah lamunanku. "Mesti la percaya..awatnya?" "Andai la yang kita tahu bila terjadinya kiamat apa yang kau akan buat?.." "Mungkin tunggu beberapa jam sebelum kiamat then pulun taubat sungguh-sungguh...kot" "I see macam yakin je sempat dan diterima taubat tu kan, dan kalau kita tak tahu pula?" "Dok eh, tapi benda last minit ni feeling dia serius banyak sikit kot, tengok time kita study untuk final la, imbakan.. Kalau tak tahu, setiap saat tu kena hati-hati la, usaha mantapkan dan tambah amal ke, mau tiap malam buat solat taubat..tak gitu?" "Setuju, dan situ la datangnya natijah relevannya dirahsiakan tarikh kiamat dan kematian kita. Sifat manusia ni mudah lalai dan ambik mudah akan hal yang mereka pasti dapat.." "Amboi falsafah, boleh buat video masuk U2tube ni.. femes la hang..hehe" Ketawa sinis kami dibuatnya, tapi ada betul juga isu...

Nikmat

Angin sepoi berbahasa, Berkat bekas langit menangis, Err.. I should be drawing karikatur yang lain.. aulakan yang amanah syuk =_=.. Lukisan ringkas ini adaptasi seorang brother kat PG uthman ni, level satu block PG ini majority untuk brothers yang istimewa. Bro ini hilang kedua belah kakinya bermula dari lutut. Pernah cerita pasal bro ni dalam siri 'nak dengar cerita seram?' aku dulu. Indeed dia seorang yang tabah dan sangat rajin bersolat jemaah di surau. Melihat dia teringat seorang sahabat yang diuji seakan yang sama. Tapi sahabat itu selamat sudah menjalani pembedahan total hips replacement, sekarang sudah kembali normal. Alhamdulillh. Nak dengar cerita seram? 4 tahun degree dan 2 tahun asasi iiu, tak banyak masa yang diperuntukkan untuk aktiviti universiti ni. Mostly, banyak sibukkan diri dengan aktiviti luar. Volunteering, meraikan golongan susah, serta usaha-usaha dakwah kecil. Mungkin sebab bosan kot dengan isu-isu yang sama dalam aktiviti universiti ni. Murabbi pernah...

Doa

Adab dalam berdoa -Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya, -Khusyuk dan tunduk rasa kebesaranNya, -Merendah suara, -Pada waktu afdal. [Ihya' Ulumuddin: Imam alGhazali] "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga" -Imam anNawawi- Sabda Rasulullah saw: "Sentiasa mustajab doa untuk seseorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturahim selagi dia tidak tergopoh-gopoh. Di tanya baginda, "Apa itu tergopoh-gopoh" Sabda baginda saw, "Apabila dia berkata; aku telah pun berdoa!, aku telah pun berdoa!; tetapi aku tidak nampak pun di mustajab, lalu dia berhenti dan meniggalkan doa.." -HR Muslim- Rujukan tambahan: [alBaqarah: 186] [al'Araf:55] -Berdoa itu satu bentuk pengakuan, yakni pengakuan penghambaan diri pada satu kuasa yang lagi besar. Tadah tangan, meminta dengan kerendaha hati. Boleh jadi nikmat kita hari ini jawapan doa kita...

2014

Tadi waktu kuliah subuh, imam sentuh dan tadabbur ayat ke 15 dalam surah al ahqaf. Signifikan umur 40 dalam diri seorang hamba. Allah (dalam ayat itu) mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya, dari kelahirannya hingga usia matangnya. Perjalanan kehidupan yang mengamit segala aspeks baik kesukaran atau kemewahan segalanya menjadi asbab dia meneliti dan memahami makna "perjalanan hidup serta ke mana jalan yang hendak dituju?" Dia islah diri. Di pengakhiran ayat adalah doa dari seorang hamba yang insaf. Insaf atas kelalaiannya mengejar dunia. Allahu alam Rata-rata orang hebat yang berkongsi pengalaman dulu, ada satu point dalam hidupnya dia mulai rasa nikmat dunia ini tidak cukup. Contoh Mejar Azalan dulu pernag berkongsi cerita dengan aku, dia tinggalkan kerja di dubai sebagai engineer dan fokus buat kerja amal atas alasan rasa 'kosong' dalam hidup. Kemewahan itu tirai yang mengaburi mata hati. I still got 16-15 tahun lagi sebelum capai usi...

Tunduk

"We don't learn the deen to argue with others, Showing we know better that them, It's all about ourselves, Being a better me.." -Bak kat Hilal time usrah tempoh hari, hangpa gaduh Allah ada kat mana sekalipun boleh ia tambah apa-apa kebaik an pada diri dan orang lain? Makin membenci sesama kita ada la kan?. Jangan fokus isu itu, bercabang nanti jadinya. Akarnya satu, ada hal best remain un-debated. Iya, ilmu itu bagai isi sang padi. Makin bertambah jisimnya makin tunduk. Sepatutnya begitu la. Tak kisah la ilmu ada pun. Be humble be kool.

Teguran

Murabbi pernah berpesan dulu: Orang yang menegur dan orang yang ditegurnya itu. Keduanya sedang dalam ujian. Yang ditegur diuji hatinya akan tahap adaptasi ke atas teguran yang diterima manakala yang menegur pula ujian atas cara penyampaia nnya itu berhikmah atau sebaliknya. Ada orang beralasan tersentap atas teguran, jadi dia membenci. Ada orang beralasan si polan lembik atas teguran yang keras, jadi dia mengkritik. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik...” [anNahl 16:125] Hikmah itu bukan memkhinzir buta guna modus operandi yang sama. Lain orang lain cara tegurannya ia kena sesuai dengan hatinya. Eh, matlamat menyampaikan itu untuk mengusik hatinya bukan? Jadi mengapa perlu menyakiti? Nak tegur seorang atuk lain caranya dengan teguran buat seorang kanak-kanak mumayyis bukan. Contoh la. -Soal adab perbuatan tidak boleh tipu, hari tu terbaca keratan artikel pasal remaja semakin biadap kerana Fb ke...

Reminder hari ini: alHijr: 32-38

Kisah dari peristiwa iblis yang enggan mentaati perintah Allah untuk mengakui nabi Adam a.s. Ibrah dari petikan surah alHijr itu, sekeji iblis yang dihalau dan tempatkan di neraka pun Allah dengar dan perkenankan doanya. Ini kita si pendosa masakan tidak didengari doanya? Allah maha mengampun, taubat dengan taubat nasuha, dan banyakkan doa dengan kerendahan hati.  Diterima atau tidak itu urusanNya. Boleh jadi apa yang kita minta itu sifatnya menzalimi. He know best ayt? Have taqwa kawans, perasaan rasa diri itu hina atas dosa-dosa kita itu bagus tanda hati masih 'hidup' tapi jangan putus asa. Senyum la senyum, kadang kita diuji dengan kejatuhan untuk kita merangkak kembali kepadaNya

Suami

8 Cara Jadi Suami Terhebat ! 1. Imam Solat Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama. 2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita. 3. Suami yang matang Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan sua...

Beriman tapi tidak diuji?

Agak down sejak kebelakangan ini, Itu ini kehidupan.. Usai zohor tadi capai dan randomly buka mushaf Quran. Tepat pada permulaan surah alAnkabut. Ayat 2-5: Orang yang mengakui beriman tidak terlepas dari diuji sebagaimana Allah menguji orang-orang sebelum kita. Sungguh Allah maha mengetahui setiap perbuatan kita baik dan buruk. Nah teguran dariNya. Walhamdulillah 

Khutbah jumaat

Khatib berkata perihal zikrulmaut yakni manfaat mengingati mati.   "setiap yang bernyawa itu akan merasai mati.." Kematian fungsinya sebagai jambatan yang menghubungkan dunia sementara ini dengan alam kekal. Dalam satu hadis sahih, baginda saw menyebut satu penyakit yakni penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian. Khatib juga menyeru kita memandang kematian sebagai satu elemen ketaqwaan. Hidup di dunia ini bagai seorang pengembara yang hanya singgah sebentar mengumpul keperluan dan bekalan untuk pengembaraan ke destinasi kekal kelak. Jangan mencontohi Qarun seperti dalam surah alQasas, dia mencintai dunia dan harta lebih dari segalanya. Have taqwa kawans That feeling tiap kali usai solat jumaat, jemaah bertebaran sana-sini. Seronokkan suasana macam ni? 

Short Notes: Ikhtilat

Ikhtilat,  Suatu definisi ringkas yang menceritakan batasan pergaulan diantara dua insan ajnabi. Ya dengan sistem pembelajaran sekular yang diterapkan dalam diri setiap pelajar, isu batasan pergaulan ini bukan suatu yang serius.  Hey, lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi bukan? Takkan tidak boleh berinteraksi kot.. Bukan tidak boleh, tapi ianya berbatas. Benar Allah jadikan setiap perkara itu berpasangan. "Exalted is He who created all pairs - from what the earth grows and from themselves and from that which they do not know.." (yasin 36:36) Dan jangan dilupakan juga, baik pasangannya jahat. Bisikan syaitan itu berbisa kawans. Hati-hati. Dan menjaga ikhtilat bukan hanya untuk suatu perasaan istimewa bersama zauj/zaujah kelak tapi perkara utama yang harus ditimbang imbalkan ialah isu fitnah. Pesan dan nasihat sahabatku, don't indulge yourself with self-inflicted fitnah. Bawah ini status diFB aku; "Isu ikhtilat, Bukan sena...