Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Notes

Kisah Imam Syafi'e Rahimahullah Menuntut Ilmu

Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin, beliau telah menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik Rahimahullah memerhati sega la tingkah lakunya. Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab Imam Syafie, "Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?" Jawab Imam Syafie, "Maaf Tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang Tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk menghafalnya". Apabila Imam Malik membelek-belek ta...

Doa

"Ramai yang berdoa, Moga kelak dijatuhkan cinta pada tempatnya, Ramai yang berdoa, Moga kelak mendabik dada mendapat kebaikan di sini dan di sana, Ramai yang berdoa, Moga kelak terukir parabola di muka, Jangan putus berdoa ia kira satu pengakuan kehambaan juga.." -Adab berdoa dimulai dengan tahmid (puji-pujian) dan disudahi juga dengan kalimah tahmid (daripada iman AnNawawi).  "Berdoalah kepada tuhan kamu dengan merendahkan diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang -orang yang melampaui batas" [al'Araf:55] Paling penting dalam berdoa, kita faham dan mengharap dengan yakin doa itu didengari dan dimakbulkanNya. Dalam bm pun tak apa, asal usul bahasa itu datang dariNya juga

Wanita

Imam Al-Ghazali menyatakan : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.” Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. Ku...

Plagiat: Hijrah

From brother Syarief: Ust Abd  A Razak Muthalib  memberi peringatan:  Hati-hati! Jangan tersalah faham.  Peristiwa Hijrah bukan berlaku dalam bulan Muharam. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada d...

The muslim Heroes: revisiting the prophet season2: Lut a.s

Syeikh Yahya Ibrahim begin his lecture by reminding us to have taqwa, before he touch the essence of the story of prophet Lut a.s he begin with the abstraction of the story of prophet Ibrahim a.s. 1) To be an alGhuraba anNabiyin Ibrahim a.s at his early age have a critical mindset than others, he questions upon the idols that his father used to make. "O' the one who i gain benefit from (i forgot the arabic term that have the accurate meaning, nabi Ibrahim a.s didn't address him as father) you're taking this stone and after you craft it into a god. How can from a stone it became a god by just shaping it?..." alGhuraba means a stranger. 2) People are more influenced by our action (akhlaq) In this relation to the sirah, the prophet Luth a.s has been influenced by the characteristics of prophet Ibrahim a.s. 3) Don't ever leave the Quran (kalamullah) Have faith in Allah because indeed His words is absulute, the strong faith been shown by the prophets ...