Skip to main content

Khutbah Jumaat:Masjid Shah IIUM

Khatib memulakan khutbah dengan peringatan untuk kita mempunyai taqwa.

Khutbah hari ini berkaitan ujian,
Ujian yang Allah berikan untuk setiap insani di bumi ini,
Ujian itu suatu sunnatul haya',
Sebuah tradisi kehidupan,

Permulaan ujian itu bukannya baru, ia bermula sejak penciptaan manusia pertama yakni Nabi Adam a.s lagi. Nabi Adam diuji dengan godaan iblis dan akhirnya diusir keluar dari syurga. Dan proses ujian itu berterusan sehingga hari ini.

Nabi Ibrahim a.s diuji dengan dilemparkan ke  dalam api, terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya ditengah padang pasir serta disuruh untuk menyembelih anaknya sendiri.
Tapi beliau sabar,

Nabi Yusuf a.s diuji dengan godaan Zulaikha, rupa parasnya yang kacak dan juga dipenjara.
Tapi beliau sabar,

Nabi Muhammad saw diuji dengan kehidupan yang sukar, kehilangan ahli keluarga diawal usia yang muda, dicemuh dan diboikot.
Tapi baginda saw sabar,

Allah ciptakan syurga itu 7 lapisannya dan neraka itu juga 7 lapisannya bukan untuk suka-suka. Asbab utama sebagai tempatnya para hamba sesuai dengan tahap keimanan mereka. Bukankah ujian itu suatu kayu ukur keimanan kita?
Pandang bawah untuk berasa syukur pandang atas untuk pembaikian diri

Ujian itu ada dua jenis,
Ujian kesusahan,
Ujian kesenangan,
Seoranag mukmin dia mampu untuk tukarkan ujian itu kepada 'hadiah',
Hadiah untuk ke jannatul firdaus.

Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

Remodeling::Hurm

Bismillah~ This time I've done the best (hopefully) to remodeling My blog::Not a diary's layout.Simple,clean and contra,that are the theme I used for this layout.Guess what?,did u notice the 'cute' icon , the one on the right side of my blog , on the trail?. Man,it is a pain in ass to put that.Seriously, I got my code crash as I tried to apply those particular code.But ,alhamdulillah at the end it worth trying.Owh,by the way I stole the code HeRe .Hehe.. p/s:if u found that this blog is lagging.plz inform me ok..thanks p/s lagi:cuti tinggal seminggu..haha..adoi love this pic:dari cik para

Entri pertama tahun ini

Bismillah dan salam, Entri tahun baru ini sepatutnya disiapkan seawal 1 januari lagi.Maaf agak sibuk untuk menulis.Er,apa yang harus aku ceritakan ha?. Oh ya,ku khabarkan mahu berkongsi pendapat tentang isu 2012 dientri yang lalukan.Aku rasa kamu semua sudah dapat gambaran tentang 2012,ya,ada yang mengatakan itu tahun kiamat dan ada yang mengatakan itu permulaan kiamat dan terdapat juga yang percaya tilikan kaum Mayan dan Nostradamus.Wallahualam,tapi bagi kita,Muslim kembali ke telunjuk Islam adalah wajib.Terdapat 3 perkara yang ditentukan oleh Allah,ya betul ajal maut,rezeki dan jodoh.Tarikh kiamat juga dirahsiakan dari umat manusia.Ok rezeki dan jodoh tu tiada kaitan dengan 2012,er,mungkin penulis bertemu jodoh pada tahun itu,haha.Tetapi ajal itu pasti. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ing...