Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku.
"Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.."
"Itu sejadah arwah atuk kamu.."
"Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.."
"Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu"
"Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan"
*Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka"
"Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lipat je sejadah tu. Ke sejadah tu buka sendiri macam video kat internet tu..yang sejadah sujud sendiri tu"
"Kamu ni, suka sangat dengan hal paranorma ni ya nenek hantar tidur kat kubur hujung simpang tu karang nak? hehe. Itu tabiat arwah atuk kamu. Dia yang biarkan sejadah itu macam tu. Katanya tiap kali terlintas di muka pintu bilik tengah itu, bila terlihat sejadah yang tidak dilipat itu mengingatkannya untuk sujud pada Allah. Setiap malam pukul 2-3 dekat situ la dia 'melepak'."
"Oooh, kagum-kagum..kalau macam tu saya pun tak nak tutup Quran ni la. Boleh mengingatkanku untuk baca banyak-banyak"
"Ish budak ni.."
-Ini memang cerita rekaan tak macam cerita seram yang aku kongsi dulu tu heh, sebenarnya teringat kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang punyai satu bilik khas untuk beliau berkhalwah. siap ada tali lagi digunakan untuk mendagu muka tika beliau mengantuk. Hebatnya sahabiah dulu, pagi berkerja malam beribadah.
Umat sekarang ni solat subuh pun menjadi isu sampai kena keluarkan status sarkastik; "apa guna badan berketak kalau selimut yang ringan itu tak mampu diangkat untuk bangkit subuh". Sobness kan?
Have taqwa kawans. moga kita tergolong dikalangan sang ghuraba.
I need a rest, rest from research papers @_@....

Comments
Post a Comment