Menurut statistik, 80 peratus manusia meminati kucing lebih dari haiwan lain. Ya, statistik itu palsu, hanya rekaan semata aku saja, woha!. Tentu ramai di kalangan kita mengetahui kisah Rasulullah s.a.w dengan kucing kesayangan baginda, Mueeza. Kalau tidak pernah, baca di bawah : |) "Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza y...