Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

merdeka raya!?

Assalamualaikum semua Tahun ini unik,merdeka pada 2 syawal (er,tahun lepas macam ini juga kan,lupa),merdeka dalam bulan Syawal.Tepat taksiran aku istilah 'merdeka raya' pasti digunakan,sebelum ini 'depa raya','kongsi raya' juga,apa-apa saja la,mereka cuma bermain-main dengan perkataan,jangan serius sangat. Merdeka itu membawa maksud yang luas,tidak tertumpu pada peristiwa kemerdekaan tanah air dari tangan penjajah sahaja.Merdeka mengikut kamus membawa maksud 'pembebasan dari penguasaan penjajah','tidak bergantung pada yang lain' serta 'berdiri sendiri'.Bagi aku sangat rasional untuk kita memerdekakan diri dari sifat jahilliah yang sudah lama menjajah hati.Buka minda tenangkan fikiran, ambil intipati kemerdekaan dari peristiwa yang lalu.Sejarah itu sifatnya memberi cerita untuk dijadikan tauladan. Bercerita pasal Syawal,alhamdulillah eid tahun ini ku rasa lagi baik dari sebelumnya,kehangatan persaudaraan yang lama ku idamkan kian ter

Kita sudah sampai dipenghujung..

Assalamualaikum sahabats moga sihat-sihat sentiasa hendaknya Pejam kelip-pejam kelip kita pun sudah berada dipenghujung bulan tarbiah,bulan Ramadhan.Bagaimana puasamu rakan? ku harap lebih baik dari tahun-tahun yang lalu hendaknya,inshaAllah. Bagi aku puasa tahun ini,Alhamdulillah dan inshaAllah lagi baik dari puasa sebelumnya.Walaupun ramadhan kali ini sepenuhnya di rumah tidak seperti tahun-tahun lepas di IIU.Sungguh berpuasa di IIU sangat seronok! suasana yang sungguh berbeza,bulan puasa diraikan lebih dari eid,mungkin bergitu juga suasana ramadhan di negara Arab.Moga tahun mendatang dapat merasai nikmat berpuasa di IIU,inshaAllah. Ok,jujur kata aku terniat menulis gara-gara sahabat baik ku dengan artikel baru beliau di blognya .Menarik topik yang dipetik beliau,perihal 'Somalia'.Somalia sekarang sedang dilanda kemarau.Kebuluran,terputusnya bekalan air mentah dan bekalan makanan serta wabak penyakit merupakan pekara sinonim.Bersyukurlah sedang kita enak berbuka mereka

wordless wednesday:#3