Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Nak dengar kisah seram?

Tadi usai solat tahyatul masjid sebelum azan solat jumaat, aku memerhati satu susuk tubuh tengah di tahiyat akhir solat sunatnya. Tiba-tiba dia keluarkan telefon gengam pintarnya, dan sibuk menekan itu ini. Sangka aku, dia nak silentkan kot? Tapi kenapa lama dan banyak pergerakkannya. Allah takdirkan aku bersolat bersebelahannya. Dia, buat hal yang sama juga. Dan aku ter dengar dia membaca bacaan selawat tahiyat akhir (dia membaca dengan agak kuat). Usai solat, aku bertanya. Rupanya dia baru lagi dengan nur Islam. Masih dalam proses belajar tertib solat dan part last itu dia tidak hafal lagi bacaannya. Selamat datang wahai saudara baru  Husnuzhoon ya Teringat pesan murabbi dulu, selagi suatu hal buruk itu hanya bermaim didalam hati, istighfar dan bersangka baik boleh jadi syaitan tengah cucuk-cucuk hati itu. -Khutbah tadi khatib berkongsi nilai rahmah dan pengpunan Allah. Pesan khatib buat kita si pendosa, jangan putus asa atas dosa yang kita lakukan. Sebanyak mana ia, return back to

Kisah

"..InsyaAllah you'll find your own Khatijah to support you. I know you're struggling a lot with your life." -Quoted from my supervisor petang tadi, kadang-kadang rasa macam jumpa kaunselor lebih dari bincang pasal research =_=".. Not sure  macam mana dia terbuka kisah Rasulullah saw dengan isteri pertama baginda. Menjadi si penyelimut baginda saw. Aminkan saja, Tak jumpa my own Khatijah pun tak pe, doakan saya ni jadi hak milik agama dan ummah pun cukup dah tu madam.. The thing is geran tak setel-setel, hampir 7 bulan jadi RA sekali pun tak dapat elaunnya. Is trying my best berkerja lillah, syukur sangat time undergrad banyak bergaul dengan orang-orang yang bukan money oriented kelompok yang lebih kejarkan ajr (ganjaran) pahala ni; ada yang panggil dakwah ada yang lebih suka guna term volunteering either way matlamatnya sama. pesan murabbi dulu: "Duit itu memang keperluan dan ia penting tapi ingat tuhan kita Allah.." Have taqwa guys, rentetan kronologi

Kisah Imam Syafi'e Rahimahullah Menuntut Ilmu

Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin, beliau telah menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik Rahimahullah memerhati sega la tingkah lakunya. Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab Imam Syafie, "Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?" Jawab Imam Syafie, "Maaf Tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang Tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk menghafalnya". Apabila Imam Malik membelek-belek ta

Nikmat

Angin sepoi berbahasa, Berkat bekas langit menangis, Err.. I should be drawing karikatur yang lain.. aulakan yang amanah syuk =_=.. Lukisan ringkas ini adaptasi seorang brother kat PG uthman ni, level satu block PG ini majority untuk brothers yang istimewa. Bro ini hilang kedua belah kakinya bermula dari lutut. Pernah cerita pasal bro ni dalam siri 'nak dengar cerita seram?' aku dulu. Indeed dia seorang yang tabah dan sangat rajin bersolat jemaah di surau. Melihat dia teringat seorang sahabat yang diuji seakan yang sama. Tapi sahabat itu selamat sudah menjalani pembedahan total hips replacement, sekarang sudah kembali normal. Alhamdulillh. Nak dengar cerita seram? 4 tahun degree dan 2 tahun asasi iiu, tak banyak masa yang diperuntukkan untuk aktiviti universiti ni. Mostly, banyak sibukkan diri dengan aktiviti luar. Volunteering, meraikan golongan susah, serta usaha-usaha dakwah kecil. Mungkin sebab bosan kot dengan isu-isu yang sama dalam aktiviti universiti ni. Murabbi pernah

Nak dengar cerita seram ?

"Most of the Ulama', syeikh-syeikh and the one you been called mursyid. They don't learn science like we do. All they said and debated among themselves have nothing to do with 'em. Solat, aurat, poligami, nikah,  as if the religion is cycle within that circle. Tell me if there any talaqqi, talk or madrasah that discuss string theory, quantum physics and etc in conjunction with the Quran and Sunnah? Religion is just one act of philosophy..." Yet that what they said; I've encounter that argument long time before, saja sesatkan diri dalam a group of atheist somewhere on the net. Kononnya nak belajar fikrah mereka ini, why and how they embrace that mindset, sebab pengalaman diri. I do love science, and aku kenal ilmuan-ilmuan barat dahulu sebelum ilmuan Islam. Dan sejujurnya tak pernah nampak kaitanpun diantara ilmu sains dan agama. Garu kepala juga waktu itu, belajar PAI tapi yang ditekankan hal-hal fardhu ain semata. Dan semestinya aku silap, sebab alQuran dan

Doa

Adab dalam berdoa -Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya, -Khusyuk dan tunduk rasa kebesaranNya, -Merendah suara, -Pada waktu afdal. [Ihya' Ulumuddin: Imam alGhazali] "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga" -Imam anNawawi- Sabda Rasulullah saw: "Sentiasa mustajab doa untuk seseorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturahim selagi dia tidak tergopoh-gopoh. Di tanya baginda, "Apa itu tergopoh-gopoh" Sabda baginda saw, "Apabila dia berkata; aku telah pun berdoa!, aku telah pun berdoa!; tetapi aku tidak nampak pun di mustajab, lalu dia berhenti dan meniggalkan doa.." -HR Muslim- Rujukan tambahan: [alBaqarah: 186] [al'Araf:55] -Berdoa itu satu bentuk pengakuan, yakni pengakuan penghambaan diri pada satu kuasa yang lagi besar. Tadah tangan, meminta dengan kerendaha hati. Boleh jadi nikmat kita hari ini jawapan doa kita