Serenity

0 comments

Menjaga pandangan mata sendiri dan mata orang lain (dengan bersederhana dalam perkongsian di laman sosial contohnya).

Tak reti sangat hal perkahwinan ni walaupun dalam proses pemilihan calon. Macam-macam teori dan kaedah wujud, tapi yang teragung kita ikut cara Rasulullah saw. Selain agama, biasanya tidak meletakkan apa-apa kriteria selain perasaan Qurratul ain pada bakal pasangan. 

Doa' dari surah alFurqan ayah ke 74.
" وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا "

Lagi risaukan diri sendiri sebenarnya. Aku ini lelaki, Allah kata dalam surah anNisa' lelaki itu Qawwamah buat orang yang dipimpinnya. Konteks alQawwam tu luas. Bagi aku tidak kisah dia tidak pandai masak, bengkeng, tak reti melawak, kalut atau masih banyak kelemahan diri. Aku ini pun sangat banyak kekurangan dan kelemahan. Perkahwinan itu satu perkongsian hidup, bertolak-ansur, boleh dibawa berbincang dan saling menghormati itu antara kunci kebahagian rumah tangga.

Pernah belajar fiqh berkaitan usrah, tarbiatul aulad juga sikit-sikit dulu (1st year-2nd year degree dulu) bukan untuk persediaan perkahwinan tapi atas usaha dakwah dan berberapa kengkangan hidup. Tak pernah tahu keluarga itu macam mana sebenarnya, anjuran Dr.Maza juga waktu minta nasihat akan hal hidup. Belajar benda itu dulu sebelum ada niat nak berkeluarga sangat-sangat menjaga hati dari terjebak dari couple/ bercinta sebelum nikah ni. Rasa berat sangat amanah perkahwinan itu lagi-lagi suami, belajar dari Rasulullah s.a.w (melalui hadis-hadisnya dan tafsir Quran) sangat berbeza dengan apa yang kita ada. Asyik terfikirkan hal-hal seperti;

1. Mampu ke nak bahagiakan anak orang, paling kurang setaraf layanan ayahnya.
2. Mampu ke nak tarik mereka masuk syurga.
3. And the list grow-up..

Tiada istilah queen control mahupun king control, 2 insan yang betul-betul hidup saling menampung kekurangan satu sama lain atas jalan agama. Sinopsis ringkas yang aku boleh berikan.

InsyaAllah ada rezeki aku share apa yang diperlajari dahulu untuk manfaat kita semua.

-----------------------
Saja share. Have taqwa kawans, Moga Allah golongkan kita dikalangan yang bergantung harapan hanya padaNya, dan semoga diizinkan kita rasa perasaan Quratul Ain (penyejuk mata) itu pada diri ahli-ahli kita. Amalkan doa tu deh, terutama buat kawans yang sudah bernikah tu.



Baca lagi..

A wife

0 comments

I just want a best friend out of a wife, whom I can share almost everything with. 

My only criteria for a spouse, that feeling Qurratul ain. Selalu berdoa moga Allah zahirkan perasaan itu jika dia jodoh. 

Sebab andai agamanya semata, yang menjadi murabbinya kelak aku juga,
Andai kecantikannya, esok lusa tua berkedut juga,
Andai sikapnya, manusia sentiasa ada ruang untuk improve, 
Andai sekufu percaturannya, manusia ni subjektif.

Pesan murabbi juga dulu sebelum masuk mrsm dulu;
"Jangan mengatal nak cari makwe, nanti dah besar dan masanya Allah akan hadirkan rasa ''sejuk mata" dan hati yakin dia la orangnya. Sekarang ni fokus belajar dulu.."

Tak reti sangat hal gini. Kalau ikut hati malas nak kahwin, rumit sangat mendalah ni at least for me.

Allahu ta'ala alam. Deep pesan Ustaz Nak, berhati-hati la dalam memilih calon consult dengan Allah banyakkan. Masalah ummah hari ini banyak bermula dari institusi keluarga yang rapuh, didikan jati diri anak-anak yang tidak sekualiti yang baginda s.a.w anjurkan. Tidak pelik sekarang wujud kanak-kanak 11 yang melahirkan anak dan tak pelik juga si tua yang dapat 'derma' atas angin.

Will I be a good father one day? 



Baca lagi..

Maksiat itu memandulkan minda

0 comments

Usai spm dulu saya banyak luangkan masa dengan berforum, being introvert sikit. Yang best-nya berforum ini masing-masing cenderung untuk bersembang atas dasar isu atau ilmu semata, tiada pengenalan identiti jadi banyak benda terjaga.

Paling menarik berkawan dengan atheist, mereka berhujahkan sains. Seronok juga sebab banyak benda boleh belajar dari mereka terutamanya ilmu-ilmu sains. Dan tidak pelik sebenarnya kenapa mereka cenderung mengabaikan kewujudan tuhan. Sebabnya seperti dalam video ini, peribadi manusia, tindak tanduk, serta personality seseorang itu boleh dihurai melalui sains. Rugi juga tu kalau mereka belajar agama dari asas dengan disiplin rasanya untung umat Islam dalam kedua cabang dunia dan akhirat.

Persis persoalan Ustaz Abdi dulu;

"Bagaimana nak bangunkan ketamadunan dan teknologi dan pada masa yang sama kekalkan amanah alam yang Allah berikan ini (e.g avoid deforestation and etc.).."

Itu peranan sebenar muslims Engineer dan profession yang lain tambahnya. Susahkan..

-------
Bila difikirkan balik, kenapa setiap larangan Allah dijelaskan dengan terperinci dalam Quran.

Bab judi,
Bab menjauhi zina,
Bab arak.
Hal-hal syubhah tinggalkan..

Boleh jadi bukan untuk kita buang masa mengkaji apa yang boleh apa yang tidak tapi untuk kita fokus lebih kepada apa yang boleh, sebabnya benda yang Allah benarkan dan diredhaiNya itu sangat banyak (arRahman: 13). Masa kita tak banyak, nak mengamati apa yang Allah benarkan itu pun tak terbuat..

"Tak pe la kapel, kami bukan berzinapun. Saya selalu kejut dia bangun tahajud.."
"Sikit je arak ni tak mabuknya, kena ikut resepi kalau tak tak jadi macam original.."
"Kita dalam berniaga ni kena pandai tackle hati clients, ini hadiah.."

Alternatif yang Allah redha itu setiasa ada bhai. Moga Allah swt perlihara hati-hati kita dari cenderung untuk bermaksiat (melakukan larangan-laranganNya) padaNya.

Have taqwa kawans
Baca lagi..