Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Iktiqaf masjid Shah Iium 2012

Watch "Kemeriahan Iktikaf UIA 2012. JOM!" on YouTube Bismillah, MasyaAllah! MasyaAllah! MasyaAllah! Terasa hidup masjid ini lagi-lagi di bulan barakah. Syukur yaAllah kerana makbulkan doa ku dahulu untuk diberi peluang beriktikaf di sini. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Syukur sangat. "Jangan bila ramadan meninggalkan kita,terdetik rasa penyesalan.." Tabarakallah -Video bukan saya yang rakam

Panduan mahram untuk ukhti dan akhi :D

 Panduan mahram untuk ikhwan Yang ini pula untuk akhawat Masyarakat melayu khususnya memang terkenal dengan sikap dan adat yang sopan, Menyantuni orang yang lebih tua dan bersalam tanda hormat sudah menjadi kebiasaan, cumanya ada sedikit ketirisan dalam itu.  Mahram, adalah seseorang yang halal untuk kita menyentuh, bersalaman dengannya. Walaupun dia mak cik kita tapi andai tidak kena statusnya masih haram untuk kita bersalaman. Tabarakallah moga panduan di atas dapat ktia praktikkan insyaAllah :)

Ramadan:Terawih

Assalamualaikum w.b.t Setiap kali tulis entri baru mesti nak guna ayat ini 'dah lama tak 'update'' ( =____=)~v, Yup, berblogging sudah tidak istiqamah.. Sekarang sudah nisfu Ramadan, Nuzul Quran pun sudah dan bonus yang baki hanyalah lailatul Qadr. Masjid Shah pun sudah buka secara serius kepada tetamu untuk qiam di sana. InsyaAllah tahun ini nak cuba 'curi' peluang meluangkan 10malam terakhir di IIU. Sungguh, lain suasana ramadan di sini mungkin sebab kehadiaran rakans luar negara yang majoritinya dari timur tengah. Tak tahu di luar bagaimana, tapi di sini istilah 'terawih lebih ramai jemaah dari subuh' kurang berfungsi, boleh kata lebih kurang ramainya jemaah solat sunat terawih dan solat subuh. MasyaAllah, setiap sudut surau/masjid ada saja yang beribadat. Membaca Quran dan solat sunat. Agak kurang setuju sebenarnya dengan fe'el segelintir kita ni berkaitan solat terawih, pelbagai hal yang boleh dikatakan tidak perlu di perbahaskan sebe