Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Nutella

Hari ini hari natal, ramai juga yang aku lihat berkongsi pandangan dan ilmu berkaitan hukum-hukum meraikan penganut kristian dengan ucapan Merry Christmas. Tak, bukan nak berkongsi berkenaan hal itu. As a muslim kita hormat pegangan agama mereka tapi kita tak raikan. Cukup sekadar melontarkan kata-kata selamat yang tidak terkandung apa-apa konten mengiyakan kekufuran mereka, "Have a nice day" that would be cool. Seharian meluangkan masa berbincang dengan teammates pagi tadi. Anak-anak muda yang passionate dengan idea kreatif dan skills dalam apps development. Kami berbincang hala tuju team kami ini, insyaAllah akan ditubuhkan sebuah syarikat kelak. Tapi aku terkedu.. Entahlah, Sujud syukur saja yang aku mampu lakukan. Usai graduasi, satu-satu peluang Allah bagi walau dalam masa yang sama Allah tarik peluang bahagia dalam hidup. Waktu degree seakan hilang ghairah menuntut ilmu diganti dengan master ini. Waktu kecil teringin nak menjadi sorang saintis atau ahli fizik,

Yang pertama

Dah nak dekat habis satu semester, Semester pertama sebagai pelajar master. Lain la rasa dia, tak pressure sangat hal akademiknya dan tak juga ta'aban aktiviti harian. Mungkin asasnya bukan nak dikejarkan sijil itu. Tapi agak stress juga dalam nak merancang hala tuju hidup selepas ini. Apa yang perlu di aula kan dan apa yang perlu dikorbankan. Antara minat dan peluang. Antara bahagia dan mujaha dah. Robbunal yusahhil. Quoted kata-kata madam Aisyah tempoh hari; "Kamu ini gila terus sambung belajar tanpa rehat, you guys really need some rest.." Betul, Rasa penat tu ada, mungkin perlukan cuti dari hal ini. Mujahadah itu bukan mudah. Sabar kuncinya. Buat kawans yang bakal join kami di sini sem depan ahlal wasahlal. Be prepared, learning would never be the same as UG. Tajdid niat..yang itu cabaran besar buat aku U_U. Ini kira entri luahan perasaan juga kot. Have taqwa kawans, apa yang nak dikongsikan cuma satu. Kadang-kadang istikharah membuka satu

My fikrah for social network

Ada kawan tanya kenapa rajin update status berbentuk Islamic, nasihat dan motivasi lebih dari aktiviti-aktiviti kendiri? Lebih baik buat fan page, timeline kau guna la untuk hal peribadi. Dan friend list kau bukannya ramai pun. Personaly  hal yang so called personal lebih suka simpan untuk diri dan orang-orang tertentu saja. Selain internet ini tiada istilah privacy, why not gunakan untuk kebaikan bersama? Dan sebenarnya tabiat ini di influence dari abang syarief sendiri, seawal tahun 2010 kot? Tak ingat, bagus akh sorang ni. Dia mula dengan perkongsian hadis (satu hari satu hadis etc,). Saya pun tiru la sikit-sikit. Heh.. Asalnya tiada keperluan pun untuk aku berfacebook/social networks ni. Tapi lama-lama macam seronok pula luangkan masa baca balik prev posts. Seakan menasihati diri sendiri pun ya.  Jadinya perkara yang nak dikongsi ini satu saja. Social networks dan fitnah macam aur dengan tebing. Salah faham, gosip, khabar angin, pintu pada permulaan maksiat (dalam konteks ikhtil

Kisah Seram: Inovasi yang basi

Nak dengar cerita seram? Tak tahu kenapa tapi madam sangat open dengan aku tadi. Dia cerita hasil perkongsian idea dengan seorang rakan doktor yang sedang sambung master dalam bidang psykiatrik (rasa macam salah je ejaan tu..abaikan). Kemudian madam berkongsi pengalaman semasa dia hamil. Wanita hamil akan ada sesi dengan doktor untuk tengok waktu bersalin salah satunya daripada luas bukaan uteru s perempuan tersebut, 2 inci lambat lagi 8 inci dah hampir waktunya. Cara sekarang doktor akan guna jari dan dimasukkan dalam ehems untuk semak keterbukaan itu. Sakit, katanya. And for sure segan lagi-lagi jika doktor lelaki yang buat. Madam terlintas untuk reka satu alat. Ironinya aku pun sama-sama memerah otak untuk alat tu. Nak secara mekanikal atau elektronic? Kalau guna balistic gel bagus juga sebab komposisinya menghampiri daging manusia, lembut dan selesa sikit. Tapi hanya terlintas di kepala saja. Terasa malu atas topik itu pun ya juga. Jadi tak lanjutkan perbincangan, sebelum terbayan

Nikmat

Antara nikmat kehidupan ialah dikurniakan sahabat dan kenalan yang bila bersama mereka menambah ketaqwaan kita. Orang yang ukhuwahnya terbina atas platform agama khususnya. Jika bertemu jenis itu, sujud syukur wajar juga. Terima kasih kawans. Maravillas, usrah-usrah ku, bros and sistas Iiu, Ecesa, geng group 1989, Stuff, K-fiqh, SAHABAT, Pafi, Gpm, rakans kartunis, Kenders dan yang lain. Knowing  you guys is a bless i do learn a lot from you guys. Terasa rendah diri pun ada juga. Tiada apa, hampir dilanggar lagi kat highway karak tadi macam kebiasaan. Thus make me ponder disepanjang perjalanan pulang. Nyawa, bukan milik kita, kehidupan itu suatu hadiah dariNya. Antara engkau manfaatkannya atau bazirkan itu terpulang. Dan siapa kita hari ini sedikit sebanyak dicorak oleh orang-orang yang kita gauli baik seorang sahabat mahupun seorang musuh. Appreciate them would be nice is it? Tabarakallah fi kum

Tunduk

"We don't learn the deen to argue with others, Showing we know better that them, It's all about ourselves, Being a better me.." -Bak kat Hilal time usrah tempoh hari, hangpa gaduh Allah ada kat mana sekalipun boleh ia tambah apa-apa kebaik an pada diri dan orang lain? Makin membenci sesama kita ada la kan?. Jangan fokus isu itu, bercabang nanti jadinya. Akarnya satu, ada hal best remain un-debated. Iya, ilmu itu bagai isi sang padi. Makin bertambah jisimnya makin tunduk. Sepatutnya begitu la. Tak kisah la ilmu ada pun. Be humble be kool.

:|

Belek-belek riadhus solihin, kemas tersusun hadis-hadis sahih menurut bab-babnya. Taman orang soleh eh.. I'm i gonna be part of 'em? Biiznillah. Masuk hari ini hampir seminggu demam, dua hari pening kepala yang agak teruk. Alhamdulillah, moga ia kafarah. Lagi sedih sahabat sendiri yang kedua ibu bapa dan dirinya dijangkiti demam denggi. Innalillahi waina ilaihi rajiun.. Moga cepat sembuh. Lately, niat sambung belajar ini ada goyah. Entahlah mungkin terfikirkan rentetan hidup kebelakangan ni. Somehow rasa rendah diri, Astagfirullahal aziim.. Hmm, need some space to motivate diri.

Them

A little deed been given at Kuantan minggu lepas, Moga ia dihitungNya, Allahumma amiin.. Kalau nak komen banyak sangat, itu dan ini yang tidak adil perlaksanaannya. Politik dan respon rakyat. Entahlah.. Observe and learn me.. InsyaAllah rabu ni pergi lagi selagi boleh memberi kita beri tolak tepi hal-hal plastik yang murahan itu.

Aktiviti hari ini

Rezeki Allah bagi berpeluang join usrah kelolaan Hilal Asyraf tadi, Pengisian yang tidak terlalu berat berkaitan hadis pertama Imam AnNawawi yakni perihal niat. Rentetan kupasan yang alhamdulillah bermotivasi dan bermanfaat. Menariknya pada usai sesi usrah tadi, Kami buat satu halaqah, Hilal berkongsi cerita fenomena yang mendabik dada-dada ummah, dari satu sudut racun orang-orang agamawan sehinggalah ketaksuban masyarakat membelah-belah atas nama politik. Satu-satu dikupaskan. Ia satu fenomena awam yang busuk kalau nak dirumuskan. Barah akhlaq juga membusuk sekarang ini, dengan prejudisnya, keyboard warriornya, fitnah baik menyebar dan membuatnya, tidak kurang juga kejumudan orang-orang yang melabel diri atas nama agama itu sebahagian contohlah. Yang menjadi mangsa: Orang awam yang baru nak belajar kenal agama keliru atas perbalasan orang agama, Orang yang cuba mengutarakan pendapat atas suatu hak terus dilabel macai atau lalang, Orang yang baru hendak berhijrah terpinggir dengan sik

Plagiat: Fitnah usrah

Kenapa kalian berusrah? Kalian membawa fitnah kepada usrah. Aneh sekali, semakin kalian berusrah, semakin bertambah bodoh. Kalian berusrah, mereka di sana juga berusrah. Jika aku menyertai, aku dengar bait-bait bicara kalian berkisarkan Al-Banna, Qutb, juga Fathi Yakan. Telingaku basah mendengar ayat demi ayat dari kitab 'Mengapa aku memeluk Islam'. Lalu aku ke usrah yang satu lagi. Hurm. Kitab yang sama. Bait yang sama. Tetapi apabila kalian semeja, kalian bertumbuk pula! Aneh. Kisah pergustian kalian tidak berakhir di situ. Masing-masing cuba mendominasi orang lain. Masing-masing juga menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. "Dia yang menafi aku!" "Dia yang menghalau aku!" "Mereka yang memecah belahkan umat!" "Mereka yang mencipta taadud!" setiap tuduhan yang anda baling kepada orang lain, terpalit juga di baju sendiri. Kalian yang mencipta perbalahan. Kalian yang mencipta perbezaan. Bodoh sungguh kita yang berusrah.