Ust Yasir Ramlee berpesan: Bermuamalah dengan manusia dengan baik salah satunya adalah melalui interaksi yang baik. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas sehinggakan tidak perlu berjela -jela, terutama dalam urusan membabitkan pekerjaan. Penggunaan tuturkata dan laras bahasa yang baik kepada orang yang diajak bicara membuatkannya senang menerima mesej bicara. Sebaliknya kata-kata kesat dan sinis hanya membuatkan insan lain merasa benci dan meletakkan "penghalang" daripada menerima mesej yang hendak disampaikan walaupun ia benar. Selain daripada itu juga, bermuamalah dengan baik juga dipengaruhi oleh keadaan mimik muka atau ekspresi si pembicara. Adalah Nabi shallallahu 'alahi wasallam itu orangnya senantiasa tersenyum dan tidaklah lebih daripada itu. Tidak terbahak semasa suka dan tidak juga bermasam muka. Sentiasa berwajah serius dan kusam menyebabkan orang menjauhkan diri. Manakala sering-sering berseloroh dan bermain-main menjadikan empunya diri kelihatan ...