Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Teguran

Murabbi pernah berpesan dulu: Orang yang menegur dan orang yang ditegurnya itu. Keduanya sedang dalam ujian. Yang ditegur diuji hatinya akan tahap adaptasi ke atas teguran yang diterima manakala yang menegur pula ujian atas cara penyampaia nnya itu berhikmah atau sebaliknya. Ada orang beralasan tersentap atas teguran, jadi dia membenci. Ada orang beralasan si polan lembik atas teguran yang keras, jadi dia mengkritik. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik...” [anNahl 16:125] Hikmah itu bukan memkhinzir buta guna modus operandi yang sama. Lain orang lain cara tegurannya ia kena sesuai dengan hatinya. Eh, matlamat menyampaikan itu untuk mengusik hatinya bukan? Jadi mengapa perlu menyakiti? Nak tegur seorang atuk lain caranya dengan teguran buat seorang kanak-kanak mumayyis bukan. Contoh la. -Soal adab perbuatan tidak boleh tipu, hari tu terbaca keratan artikel pasal remaja semakin biadap kerana Fb ke

Sahabat

Dump digging some old memories on the net, Found this, Tersenyum diri dibuatnya, indeed dia hijrah menjadi semakin baik lagi baik dan hebat dari aku itu pasti. Personally, i've this habit untuk follow-up penghijrahan kawan-kawan. Indeed they really inspired me. Lagi-lagi kawan-kawan yang sama-sama membesar ini kan. Dari hingusan yang ta'aban ke seorang hamba yang bertaqwa. Dapat kenal, bersahabat dan memerhati orang yang soleh/solehah ini salah satu nikmat dari Allah juga.  And sometimes, bila islah balik diri sendiri.. Allah malunya dengan diorang ni..have taqwa me.

Khutbah Jumaat: 29Nov 2o13: Masjid Shas Iiu: Dakwah

As usual khatib begin the khutbah by reminding us to have taqwa. This week sermon, khatib indulge the jamaah with the topic of Da'wah. Da'wah is an act of inviting people to be specific to invite people to adDeen, towards the Lord Almighty. From the prophets saw: "Convey others even with one verse.." [Sahih Bukhari] The obligation to do da'wah lied on the shoulder of each of us. Khatib also mentioned the stages of da'wah. It start with us, our family then the scope became wider. Da'wah to the non-muslims and also to our fellow muslims.  A da'ie is dynamic, He/she conveying the message of Islam with hikmah, Use every possible chances and method, Biiznillah.. Talking about da'wah eh, jangan sampai terikat dengan title hati-hati penyakit hati. Just do what we can with kerendahan hati. Have taqwa kawans.

Penyakit hati

Sejujurnya sangat tak selesa dengan label-label gelaran agama ini, Seorang daie, Seorang pendakwah, Seorang murabbi, Dan lain-lain, Bukan apa title itu ia tarik sekali tanggungjawab dan persepsi orang pada kita dan agama.  Norma manusia akan menyalahkan agama atas khilaf ahlinya.  Tarik sama ujian hati atas pujian dan pandangan baik orang pada diri.. Hanya mahu berkongsi kebaikan dan nikmat tuhan s aja. Bagai orang yang bersedekah pada si pengemis. Duit ditabur dan pergi sekilas pandangan. Pernah juga orang panggil aku ustaz, tersalah anggap aku pelajar irks, ada juga remaja femes yang ajak join venture berdakwah, dia menulis aku melukis. Yang mahu berbait muslim pun ada. Alhamdulillah sebab Allah tutup aib diri di mata mereka dan sedih sebab aku tak sehebat tanggapan mereka. Saya masih merangkak nak kenal agama.. Dan wallahi, pujian itu racun lagi berbisa dari kejian.  Ia menakutkan  mira..

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip

Reminder hari ini: alHijr: 32-38

Kisah dari peristiwa iblis yang enggan mentaati perintah Allah untuk mengakui nabi Adam a.s. Ibrah dari petikan surah alHijr itu, sekeji iblis yang dihalau dan tempatkan di neraka pun Allah dengar dan perkenankan doanya. Ini kita si pendosa masakan tidak didengari doanya? Allah maha mengampun, taubat dengan taubat nasuha, dan banyakkan doa dengan kerendahan hati.  Diterima atau tidak itu urusanNya. Boleh jadi apa yang kita minta itu sifatnya menzalimi. He know best ayt? Have taqwa kawans, perasaan rasa diri itu hina atas dosa-dosa kita itu bagus tanda hati masih 'hidup' tapi jangan putus asa. Senyum la senyum, kadang kita diuji dengan kejatuhan untuk kita merangkak kembali kepadaNya

Doa

"Ramai yang berdoa, Moga kelak dijatuhkan cinta pada tempatnya, Ramai yang berdoa, Moga kelak mendabik dada mendapat kebaikan di sini dan di sana, Ramai yang berdoa, Moga kelak terukir parabola di muka, Jangan putus berdoa ia kira satu pengakuan kehambaan juga.." -Adab berdoa dimulai dengan tahmid (puji-pujian) dan disudahi juga dengan kalimah tahmid (daripada iman AnNawawi).  "Berdoalah kepada tuhan kamu dengan merendahkan diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang -orang yang melampaui batas" [al'Araf:55] Paling penting dalam berdoa, kita faham dan mengharap dengan yakin doa itu didengari dan dimakbulkanNya. Dalam bm pun tak apa, asal usul bahasa itu datang dariNya juga

Wanita

Imam Al-Ghazali menyatakan : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.” Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. Ku

Precious

"Diamond is just a highly compressed carbon. But people kill each other for it.." Perception, batu pun boleh senilai berlian. Ia tertakluk pada definisi nilai sesuatu itu bagi individu. And for me this picture picture the most valuable worldly 'thing'. Usrah

Lepas gian

Solidarity stop no-no.. Allahummansur ikhwannal muslimin wa mujahidin  fi misr fi falestin fi suria fi kulli makan wa fi kulli zaman..

Semak

Sudah lama hidup di zon selesa, Meniti kalam teori semata, Mungkin tiba saatnya menzahirkan kata, Kelat teruji apa yang nyata? Tadi usai maghrib diri ambil peluang baca-baca balik tulisan di blog ini. Ada yang kelakar ada yang memperbaharui nasihat diri. Semak-semak rentetan perubahan diri. Nak jadi judgemental pun, judge saja diri sendiri itu lagi diredhai. Tiada apa, Hanya mahu menzahirkan rasa syukur. you're being better syuk alhamdulillah.. Banyak juga entri perihal kahwin yang ditulis eh. Iya, jujur kata keinginan itu ada. Biasa la tu, umur-umur begini, kerjaya dan nikah ini satu cabang fokus hidup juga. If annoy maaf. Isnin lepas konvo, kali ke-3 dua sewaktu di mrsm dulu. Habis dah degree alhamdulillah. Moga setiap ilmunya dapat dimanfaatkan. Tak rasa apa-apa yang istimewa pun tika tu, maybe sebab bosan kot upacara tu U_U..

Suami

8 Cara Jadi Suami Terhebat ! 1. Imam Solat Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama. 2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita. 3. Suami yang matang Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan sua

Usahawan

Nak dengar cerita seram? Ada satu spesis hantu yang paling mengerikan aku. Pengalaman bersamanya sungguh memberi impak dalam diri. Tika itu aku baru masuk fasa pertama di tingkatan 5. Hampir setahun sudah menjadi president pum (persatuan usahawan muda maktab). Nama syarikat kami e3 corp. Lupa huraian e3 tu U_U... Alhamdulillah, pengalaman tika kecil dicampak ke pasar tani untuk berniaga serta pengalaman perniagaan yang lain sedikit sebanyak membantu. Tabiat diri suka memerhati dan berexperiment dengan hidup. Ditambah dengan pentarbiahan dari para murabbi dulu memeruk otak dengan satu persoalan. "Apa yang aku buat ni?.." Ada satu sisi dalam bidang perniagaan atau keusahawanan ini yang menakutkan diri. Kadang sewaktu solat pun minda ligat terlintas hal-hal berkaitan wang. Tengok sesuatu permasalah pun boleh diselit punca telaga wang. Mahu menjadi usahawan anda perlukan kretiviti dan pemikiran di luar kotak. Ya, entiti itu menakutkan. Ia boleh menjadi asbab dekatnya diri padaNy

Unik

Ada seorang brother ni tiap kali usai solat subuh di surau Uthman, Dia selalu duduk di satu sudut yang sama sambil terkumat-kamit mulutnya, Satu hari aku dekatkan diri, Duduk  bersebelahannya sambil membaca Quran, Sambil-sambil itu memasang telinga akan kalam-kalam yang terbit dari mulutnya, MasyaAllah, Dia membaca alMathurat dengan kata lain dia hafal :) Aku pun tak pernah terlintas nak hafal alMathurat surah yasin itu pun terhafal sebab dari form1 baca setiap malam jumaat. Dan satu lagi fenomena unik di mahalah Uthman ini, lepas solat subuh block aku memang sentiasa kedengaran orang-orang tengah menghafaz alQuran. Ramai students irk kat block PG sini, rasanya aku sorang je kot engin.. Ini rahmat dan nikmat juga, dapat mendampingi orang-orang soleh ni eh. Alhamdulillah. Moga perkongsian ini bermanfaat bi iznillah Khutbah tadi full dalam arabic, translationnya pun diberi tika aku bersolat sunat tak dan nak dengar. So yah, have taqwa kawans

Si penyejuk mata hati

I found that woman with their telekung attractive plus without wearing any make-up terpampang wajah si penjaga solat atau tidak, talking about wajah orang beriman ini dulu sang murabbi pernah berkongsi satu penceritaan. Ada istilah yang digunakan yakni quratul a'yuni, the cooler of the eyes if we're to translate in english atau dalam bahasa melayunya si penyejuk mata. Selesa dipandang tanpa tercacap satu pandangan terselitkan nafsu. Pernah pandang wajah orang yang kita sayang? Ibu bapa contohnya, rasa selesa dan tenang bukan melihat wajahnya? Ia jauh berbeza bila memandang wajah kekasih haram, err maksud aku hubungan ajnabi yang belum halal. Amalkan la doa dari surah AlFurqan ayat 74 ini setiap usai solat atau tika berkelapangan: “Robbanaa hab lanaa min azwajinaa wa dzurriyatinaa qurrota a’yun waj’alnaa lil muttaqiina imaamaa” Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi ora

Plagiat: Hijrah

From brother Syarief: Ust Abd  A Razak Muthalib  memberi peringatan:  Hati-hati! Jangan tersalah faham.  Peristiwa Hijrah bukan berlaku dalam bulan Muharam. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat

Seram

Nak dengar cerita seram? Hampir dua bulan sudah diam di PG mahallah uthman ni, dari tingkat satu hingga tiga rasanya kira-kira 3-4 orang saja orang tempatan termasuk aku. Yang lain rakans antarabangsa. Uniknya suasana sini pada rakan-rakan istimewa, orang awam panggil mereka OKU tapi lebih suka alamatkan mereka sama saja dengan kita. Orang kurang upaya.. gelaran tu lagi tepat pada yang bernanah hatinya. Kurang upaya untuk taubat mungkin? Abaikan tiada kaitan dengan ini. Banyak yang boleh diperlajari dari mereka-mereka ini. Ada sorang tu namanya aku tak reti nak sebut tapi orang Yamen. Hilang kedua belah kaki, senyum tak pernah lekang di bibir. memberi salam itu bagai bernafas. Rajin ke surau juga dia ini walau jalan menuju surau dipenuhi anak tangga. Kebanyakannya kurang nikmat berjalan secara normal. Tabah mereka ini. Yang seramnya, bila aku tengok dan islah balik diri. Cukup sifat, cukup kudrat. Tapi kadang kecundang dengan ujian yang tipis. Andai Allah tarik satu anggota b