Tadi di berita sentuh isu berkaitan amah, Katanya kualiti amah sekarang ni tidak sebagus dulu walhal bayarannya pun mahal, Macam-macam provokasi dan kutukan keluar dari mulut majikan, Dia..tidak puas hati mungkin, Itu dan ini ragam kehidupan dan tidak adil rasanya kalau nak salahkan mana-mana pihak, Situasi setiap orang berlainan bukan. Dan mak tanya tadi, Andai dah berkeluarga kelak nak gajikan amah ke? Lagi-lagi kalau insyaAllah bakal zaujahnya itu seorang doktor atau sorang yang berkerjaya, Bertolak-ansur dan musyawarah adalah hal yang paling penting setiap hari, Sejujurnya mahu elakkan lah, Hidup aku tanggungjawab dan amanah aku biar 100% aku buat.. insyaAllah. Allah berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5-6 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Anak dan keluarga itu tanggungjawab dan amanah, Menjaga, me...