Skip to main content

Cermin mata

Bangun saja di pagi hari tangan mengapai-gapai mencari cermin mata.

YaAllah tiada!?.

Mungkin tertinggal di tandas semasa memberus gigi malam tadi barangkali, kata hati kecil ini. Ku melangkah ke sana, tiada juga. Ada ikhwan yang tersilap ambil mungkin. Dulu pernah jadi sekali.

Di urut dada sambil berdoa moga Allah permudahkan urusan. Cuak juga pagi esok ada peperiksaan akhir, kehilangan cermin mata bagaikan ditarik nikmat penglihatan itu. Yang rabun faham rasanya perasaan itu.
Terapi hati yang dipelajari dulu aku praktikkan. Senyum dan istighfar. Ajib sangat kaedah itu, dulu sewaktu kemalangan perkara yang sama juga aku buat. Doktor yang menjahit bibir aku geleng kepala dan marah.

"Jangan senyum bibir awak tu dah terbelah, saya nak jahit ni nanti makin besar luka tu.."

Terima kasih doktor untuk hospitality itu.

Cermin mata yang tinggal hanya cermin mata sewaktu kemalangan dulu. Yang itu sudah patah bingkainya.
Perlahan-lahan aku hidupkan engin motorsikal. Pergi Giant la sana ada Focus Point. Cabaran juga bawa motor dalam keadaan rabun ini.

Hati tersentuh dengan santun pekerja Fokus Point itu. Tidak seperti promoter biasa, sister itu bagai faham masalah yang dihadapi. Diberinya potongan harga lebih 30% dan dipanggil adik. Ok yang itu buatkan aku sedikit tersenyum. A part from that she is a non-muslims. Which for me its kinda rare to see a non-muslim with those attitude. MasyaAllah, malu bagi muslims yang buruk akhlaqnya.

Sampai di bilik terus bersujud syukur. Terima kasih Allah permudahkan.

Cerita ini biasa saja. Cuma bagaimana kita melihat sesuatu peristiwa itu yang luar biasa. Pandanglah setiap permasalahan itu dari kaca mata seorang mukmin. Setiap ujian dan nikmat yang Allah berikan seharian pasti terselit ibrah yang mentarbiah.
Senyum, kan manis tu :)

Tabarakallah fi kum.

Comments

  1. 'Senyum, kan manis tu :)' a simple thread that is nicely written. 'Pandanglah setiap permasalahan tu dr kaca mata seorang mukmin. Setiap ujian dan nikmat yang Allah berikan seharian pasti terselit ibrah yang mentarbiah.' Very well said. Love the words. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)