SEKUMPULAN pencipta Jepun telah berjaya mencipta alat yang didakwanya boleh mengesan emosi anjing daripada salakannya. Alat yang dinamakan Bowlingual Voice oleh pembuat mainan Takara Tomy merupakan gajet bercakap yang menganalisis akustik salakan anjing dan menterjemah penemuannya kepada bahasa manusia. Gajet berkenaan memberikan penumpuan kepada mengesan enam emosi termasuk kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan bersama-sama dengan merakamkan patah perkataan seperti 'jom main bersama-sama'. Bowlingual Voice akan berada di pasaran pada harga £129 (RM755) di Jepun bulan depan dan ia lebih berteknologi tinggi berbanding dengan model asal yang dilancarkan tujuh tahun lalu. Gajet yang dijual hanya di Jepun terdiri daripada mikrofon yang diletakkan di leher anjing bersama-sama dengan satu gajet untuk operasi pada pemiliknya. Apabila anjing menyalak, mikrofon merekodkan bunyi dan menghantar data kepada pemilik anjing menerusi gajet yang dipegang yang akan menterjemahnya kepada pa...