Skip to main content

merdeka raya!?

Assalamualaikum semua

Tahun ini unik,merdeka pada 2 syawal (er,tahun lepas macam ini juga kan,lupa),merdeka dalam bulan Syawal.Tepat taksiran aku istilah 'merdeka raya' pasti digunakan,sebelum ini 'depa raya','kongsi raya' juga,apa-apa saja la,mereka cuma bermain-main dengan perkataan,jangan serius sangat.

Merdeka itu membawa maksud yang luas,tidak tertumpu pada peristiwa kemerdekaan tanah air dari tangan penjajah sahaja.Merdeka mengikut kamus membawa maksud 'pembebasan dari penguasaan penjajah','tidak bergantung pada yang lain' serta 'berdiri sendiri'.Bagi aku sangat rasional untuk kita memerdekakan diri dari sifat jahilliah yang sudah lama menjajah hati.Buka minda tenangkan fikiran, ambil intipati kemerdekaan dari peristiwa yang lalu.Sejarah itu sifatnya memberi cerita untuk dijadikan tauladan.

Bercerita pasal Syawal,alhamdulillah eid tahun ini ku rasa lagi baik dari sebelumnya,kehangatan persaudaraan yang lama ku idamkan kian terasa,seronok.Walaupun perjumpaan itu tidak lama tapi bermakna buatku,alhamdulillah.Eid tahun ini banyak dihabiskan di pusara arwah datuk dan nenek.Tahun pertama beraya tanpa mereka,sedih,tapi gembira juga sebab mereka meninggal dalam keadaan yang baik.Bersih wajah jenazah ketika dikafankan.YaAllah matikan la kami dalam husnu khatimah!,amin~.Pagi ini inshaAllah ke pusara moyang ku ^^

"Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”

sentiasalah mengingati MATI,kerana mati itu pasti!.

Bersyukur,bersyukur dan terus bersyukur,nikmat kesenangan itu satu ujian nikmat kesusahan itu juga satu ujian,jangan mengeluh cekalkan diri kerana pasti ada yang lagi sukar ujiannya.

Barakallahu fiq walakum :)




Comments

  1. Walaupun kita merdeka dari dijajah, tapi belum merdeka dari urusan bersama Allah. masih ada banyak perkara yg tak boleh sesuka hati nak merdeka buat >.<

    ReplyDelete
  2. betul tu,
    kadang-kadang rimas juga,orang duk semangat nak sambut merdeka saja tapi isi tak de,maksiat banyakla malam merdeka tu..

    yang aku tengok ideologi 'merdeka' kita ni macam tak berapa nak kena kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)