Skip to main content

Kita sudah sampai dipenghujung..

Assalamualaikum sahabats moga sihat-sihat sentiasa hendaknya

Pejam kelip-pejam kelip kita pun sudah berada dipenghujung bulan tarbiah,bulan Ramadhan.Bagaimana puasamu rakan? ku harap lebih baik dari tahun-tahun yang lalu hendaknya,inshaAllah.

Bagi aku puasa tahun ini,Alhamdulillah dan inshaAllah lagi baik dari puasa sebelumnya.Walaupun ramadhan kali ini sepenuhnya di rumah tidak seperti tahun-tahun lepas di IIU.Sungguh berpuasa di IIU sangat seronok! suasana yang sungguh berbeza,bulan puasa diraikan lebih dari eid,mungkin bergitu juga suasana ramadhan di negara Arab.Moga tahun mendatang dapat merasai nikmat berpuasa di IIU,inshaAllah.

Ok,jujur kata aku terniat menulis gara-gara sahabat baik ku dengan artikel baru beliau di blognya.Menarik topik yang dipetik beliau,perihal 'Somalia'.Somalia sekarang sedang dilanda kemarau.Kebuluran,terputusnya bekalan air mentah dan bekalan makanan serta wabak penyakit merupakan pekara sinonim.Bersyukurlah sedang kita enak berbuka mereka masih berpuasa.

Semalam sempat aku mengikuti senior ke pekarangan Karangkraf untuk satu sesi 'press-conference' (apa entah dalam bm =_=").Semasa di dalam kereta sempat ku pasang telinga mendengar luahan hati Syeikh Hassan yang mewakili Yayasan Zam Zam.Sedih.


Cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya,sepatunya sikap tersebut tersemat dihati kita bukan sikap 'menjaga periuk nasi sendiri' yang harus dipraktikkan.Untuk apa?kerana kita bersaudara,mudah bukan alasan itu.Suka untuk aku tekankan bersedekah bukan hanya terhad dalam bentuk mata wang saja,berdoalah mohon Allah ringankan bebanan saudara kita disana.

Kepada sahabats pembaca andai diri terasa mampu untuk menghulurkan bantuan berbentuk kewangan boleh la menyalurkan sumbangan kepada akaun berikut:


Nama akaun:Global Peace Mission
Maybank:5642 2161 1602
Bank Islam:14 023 01 002922 4


sahabats juga bloleh menyumbang di tabung bantuan di stesen-stesen petronas tepilih :)
Tabung Kemanusiaan Somalia di stesen-stesen Petronas berikut:

1) USJ Seksyen 4, 9, dan 20
2) Bangi Seksyen 3 dan 9
3) Wangsa Melawati
4) R&R Bentong, Lebuhraya Karak
5) Batu 6 Jalan Gombak
6) Batu Caves (bersebelahan Giant)
7) Kg. Melayu Subang
8) Subang Bestari

Ok kembali kepada fokus ramadhan kita,ada yang berkata-kata perihal lailatulqad' sudah berlalu,tak mengapa biarlah mereka itu.Apa yang utama bagi kita ialah untuk terus beristiqamah dengan amal ibadah,walaupun diluar bulan ramadhan.Beruntunglah bagi sesiapa yang puasanya mendorong dia kearah lebih baik,moga kita tergolong dalam kelompok ini,inshaAllah

Moga kalian dapat manfaat dari ini,jaga solat jaga adab jaga segalanya

saya dapat spek baru,yea!..haha,ok abaikan =_="

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)