Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Saki baki hidup:alamak aku buat apa sepanjang cuti ini!?

"Ingat mati ingat sakit ingat la saat kau sulit..." Terngiang-ngiang lirik lagu 'tomat' kumpulan wali band di telinga,cepat-cepat ku tanggalkan 'earphone' di telinga kiri, menarik lagu ini susah mahu fokus dalam pembacaan . Hari ini aku santai-santai saja di rumah, menghabiskan saki-baki masa sebelum menyambung kembali sesi pembelajaran yang baru. Terpahat di tangan sebuah buku keluaran PTS, "diari hidup Rasulullah s.a.w" , menarik juga buku ini , sudah lama juga cari dan tunggu giliran pinjaman dari kawan. Ah, ada rezeki lebih sikit waktu raya tempoh hari, tak salah berbelanja untuk ini kan . Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang utama, tertawa sinis juga terkenangkan gelagat ku ketika kecil, jika disoal siapakah icon pilihan hati ku jawab 'kamen rider' heh. Ye, tidak kurang juga tanggapan terhadap rakan-rakan yang menjadikan Rasulullah itu icon mereka sebagai 'spastik' semata. Astagfirullah,jahilnya aku waktu itu. Dulu ust...

skrip: ini cerita aku, sebuah kisah untuk dikongsi

Dengan bersungguh aku mengayuh pedal basikal , bersaing perlumbaan dengan rakan-rakan. Yang menang akan mendapat pujian , 2 jam juga 'kembang hidung' bukan riak tapi bangga kerana menjadi jaguh kampung. Aku tewas ,"tidak mengapalah 2 jam saja bangganya" pujuk hati kecil budak 8 tahun itu sambil mengusung basikal ke tempat parkir . Garisan penamat ialah pintu surau , ya kami berlumba sambil menuju ke surau untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Kami tiba agak lewat waktu itu , imam sudahpun bangkit untuk meneruskan rakaat ke-2 . Masih segar diingatan waktu itu imam sedang dalam tahiyatul akhir , aku terus bangkit menyambung rakaat ke-3 tanpa menunggu imam selesai memberi salam dan meneruskan satu rakaat lagi. Rakan di sebelah ketawa sinis dalam solatnya menyaksikan kebodohan aku dalam hal masbuk. Aku malu. Benar, aku dibesarkan di dalam suasana keluarga yang tidak mementingkan hal agama , ayah ku tidak menunaikan solat jauh lagi mengajar kami ilmu akhirat , teta...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)