Dengan bersungguh aku mengayuh pedal basikal , bersaing perlumbaan dengan rakan-rakan. Yang menang akan mendapat pujian , 2 jam juga 'kembang hidung' bukan riak tapi bangga kerana menjadi jaguh kampung.
Aku tewas ,"tidak mengapalah 2 jam saja bangganya" pujuk hati kecil budak 8 tahun itu sambil mengusung basikal ke tempat parkir .
Garisan penamat ialah pintu surau , ya kami berlumba sambil menuju ke surau untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Kami tiba agak lewat waktu itu , imam sudahpun bangkit untuk meneruskan rakaat ke-2 . Masih segar diingatan waktu itu imam sedang dalam tahiyatul akhir , aku terus bangkit menyambung rakaat ke-3 tanpa menunggu imam selesai memberi salam dan meneruskan satu rakaat lagi. Rakan di sebelah ketawa sinis dalam solatnya menyaksikan kebodohan aku dalam hal masbuk. Aku malu.
Benar, aku dibesarkan di dalam suasana keluarga yang tidak mementingkan hal agama , ayah ku tidak menunaikan solat jauh lagi mengajar kami ilmu akhirat , tetapi beliau seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab . Allah itu maha mengetahui dan maha adil , terdetik di hati aku perasaan ingin tahu akan agama sendiri , pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Kenapa kita perlu solat" , "Kenapa rukun Islam itu 5 tapi yang di laksanakan hanya beberapa saja" , "Kenapa Allah ciptakan bumi dan segala isinya?"...
Sedih ,
Orang kata ilmuan dan generasi yang hebat itu lahir dari proses tarbiah seawal usia kecil di rumah. Berkata-kata perihal keluarga , aku menjadi rendah diri .
Alhamdulillah , Allah memberi aku peluang untuk menyambung pembelajaran di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang agak terkenal. Di situ aku mula mempelajari erti kehidupan, Ustaz dan Ustazah menjadi ayah dan ibu angkat ku . Aku selesa dapat mengasingkan diri dari rumah , "oh , ini la suasana yang aku idam-idam kan" bisik hati kecil ku. Semakin hari kenikmatan beribadah itu semakin menebal di dalam jiwa, Alhamdulillah , ini mesti di kongsikan bersama keluarga , terutamanya ayah!.
Tapi aku masih mentah , budak kecil mahu menasihati orang tua? hah! itu kurang ajar namanya! . Suasana tegang wujud tika aku membangkitkan isu 'solat' , semakin hari aku semakin renggang dengan ayah . Apa salah aku!? aku hanya mahukan kalian solat, kita wujudkan suasana 'islamic' yang sepatutnya kita amalkan kerana kita ini MUSLIM! .
Bingung, tertekan , iri hati dengan kawan-kawan perasaan yang sudah sebati dalam diri ini. Ayah dan Ibu angkat ku jadikan tempat rujukan . "Bersabarlah , nabi dan para rasul dahulu lagi hebat dugaan mereka, dicaci , disakiti , dan mereka terus besabar dan berdoa. Bersyukur dan teruslah bersyukur kerana apa yang terjadi ini punyai hikmah" nasihat mereka yang ku pegang sehingga sekarang.
Sungguh aku tidak punyai sahabat karib yang wujud tika susah , kadang-kala aku sunyi menahan keperitan dihati ini .Aku perlukan teman berbual untuk berkongsi masalah , bukan apa sekadar meluahkan apa yang terpendam , tapi masing-masing menarik muka. Mungkin atas sikap aku juga , aku lebih selesa bersendirian memikirkan hal keluarga dan hal-hal yang ku rasa penting . Bola sepak , rokok ,awek dan merempit , kesemua tajuk-tajuk perbualan kaum remaja itu aku tidak merasainya dan tidak ambil peduli . Patutlah ada yang berkata aku ini membosankan .
Tidak terfikir dalam minda ini untuk menjadi orang sehebat Steve Jobs, Tun Dr. Mahathir mahupun Muhammad Al-Fateh . Aku mahu menjadi lebih baik , menjadi seorang muslim yang bertaqwa . Dan aku bersyukur di kurniakan Allah sahabat-sahabat yang baik-baik saja akhlaknya kini , kadang-kadang aku malu kerana tidak dapat menjadi yang terbaik buat mereka.
Jauh di sudut hati ini masih berdoa mengharapkan suatu perubahan dalam keluarga.
Hidup ini suatu nikmat , kesusahan itu juga suatu nikmat yang terselit hikmah untuk mendewasakan diri. Seorang murabbi pernah berkata, keluarlah berkelana moga engkau dapat merasakan yang masalah engkau itu sebenarnya kecil sahaja.
p/s:
-skrip ini sudah lama aku ingin terjemahkan dalam bentuk lukisan komik , cuma belum ada kesempatan untuk itu, moga perkongsian kisah ini kalian dapat sesuatu yang bermanfaat,inshaAllah
Barakallahhufiq walakum :)

langit cinta illahi

Comments
Post a Comment