Skip to main content

Saki baki hidup:alamak aku buat apa sepanjang cuti ini!?

"Ingat mati ingat sakit ingat la saat kau sulit..."

Terngiang-ngiang lirik lagu 'tomat' kumpulan wali band di telinga,cepat-cepat ku tanggalkan 'earphone' di telinga kiri, menarik lagu ini susah mahu fokus dalam pembacaan .

Hari ini aku santai-santai saja di rumah, menghabiskan saki-baki masa sebelum menyambung kembali sesi pembelajaran yang baru. Terpahat di tangan sebuah buku keluaran PTS, "diari hidup Rasulullah s.a.w" , menarik juga buku ini , sudah lama juga cari dan tunggu giliran pinjaman dari kawan. Ah, ada rezeki lebih sikit waktu raya tempoh hari, tak salah berbelanja untuk ini kan .



Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang utama, tertawa sinis juga terkenangkan gelagat ku ketika kecil, jika disoal siapakah icon pilihan hati ku jawab 'kamen rider' heh. Ye, tidak kurang juga tanggapan terhadap rakan-rakan yang menjadikan Rasulullah itu icon mereka sebagai 'spastik' semata. Astagfirullah,jahilnya aku waktu itu.

Dulu ustaz ku pernah menegur kami supaya tidak menggunakan perkataan 'idol' kerana 'idol' itu sebenarnya merujuk kepada sebuah patung berhala. Jadi, dari segi konteks penggunaan tidak sesuailah kerana berhala itu sifatnya disembah (oleh golongan kafirun) . Kan tidak manis mengatakan Rasulullah itu idol, bagai kita menyembah Rasulullah s.a.w yang sepatutnya sebagai imam kita. Allahualam.

Antara intipati buku "diari hidup Rasulullah s.a.w" ialah tahajud, iaitu solat malam selepas tidur. Walaupun kita tidak diwajibkan bertahajud seperti Rasulullah s.a.w tetapi itu sunnah!. Aku mahu beristiqamah dalam tahajud , alahmdulillah dikurniakan Allah kepada aku seorang sahabat yang asyik mengajak aku bertahajud suatu ketika dahulu, kadang-kadang kami saling kejut antara satu sama lain. Dan sehingga kini walaupun tidak larat, pasti paling kurang 2 rakaat aku cuba untuk laksanakan, harap kamu pun begitu juga sahabatku yang disayangi !

Itu saja kot untuk entri kali ini, mahu menonton siri kamen rider yang terbaru , Kamen Rider Fourze!. Serius aku kurang gemarkan bentuk kepalanya yang sedikit lonjong,buruk seh =_=".

kamen rider Fourze (2o11-2o12)

Barakallahufiq walakum,moga entri ini bermanfaat

Comments

  1. buku ni, Insya ALLAH saya akan cari dan beli. teringin sangat nak memilikinya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

Wut the tut is going on

As I mentioned in my previous post,the last remnant post that I can play it for a short period.I begin to seek for a solution , as for the result I found that whenver the mechine got hotter the game play got lagging and eventually stuck . I decided to use a help from a third-party software to measure the temperature of my laptop and it really freaking me out, the temperature is about 101 celsius, WoW~ I can barerly cook something on that temp. heres the screen shoot>> Obviously it is bacause I'm using an AMD prosessor , I know AMD produced higher heat that Intel , but seriously din't aspect this. This clip is the comparison of AMD and Intel prosessor. Judge it yourself, some people would prefer AMD because of religious reason , Intel support zionis..that what they said,honestly I don't know the truth behind this fact,Wa'llahhualam~.But for performance I did honestly recommanded Intel's prosessor, why?.It use less energy,lest heat produced, more stable and more...

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor