Skip to main content

doodle ala carte

Assalamualaikum rakan,

Lama sudah tak update blog, entri pertama untuk tahun ini. Tiada apa-apa perkongsian yang bermanfaat sangat hanya terasa mahu berkongsi speed painting yang ku buat untuk projek sem lepas.





Sekarang masih berbaki satu lagi peperiksaan akhir tahun, sabtu nanti 'exam' nya. Moga sukses insyaAllah.

Berakhir lagi satu semester, semester depan insyaAllah aku bakal berulang-alin IIU-Bentong setiap hari, memang akan penat tapi tak mengapalah mahu luangkan masa dengan keluarga, harap aku dapat buat sesuatu untuk mereka nanti.

Entah la sejak akhir-akhir ni kerap juga teringatkan mati, hidup ini tak lama semakin hari semakin tua, moga mati dalam husnu khatimah. Aku harap sangat dapat berbakti kepada kedua ibu bapa, mahu jadi anak yang soleh, korang nak? Jom sama-sama ^^ .

Harap korang dapat sedikit manfaat atas video yang dikongsikan itu

actual picture

Barakallahufiq.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip

Award!?

>letakkan logo award ini di blog anda. -sudah >anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. -Nina -Neem -Bijan..(link lost) -Amira Saryati..(link lost) -Balqis Riza -Puppeteer..(link lost)  -Syahir..(link lost) -Mak cik para -Rue..(link lost) -Syazana - tmbah satu lagi,my blog:not a diary..hihi >pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda. -sudah,kepada pemilik blog yang berstatus *link lost tu sila-sila la tinggalkan link di cbox..trimas >informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. >bagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini. macam mane ek, nak bagi cinta dan sayang?..muah!!..boleh kut..haha

Serenity

Menjaga pandangan mata sendiri dan mata orang lain (dengan bersederhana dalam perkongsian di laman sosial contohnya). Tak reti sangat hal perkahwinan ni walaupun dalam proses pemilihan calon. Macam-macam teori dan kaedah wujud, tapi yang teragung kita ikut cara Rasulullah saw. Selain agama, biasanya tidak meletakkan apa-apa kriteria selain perasaan Qurratul ain pada bakal pasangan.  Doa' dari su rah alFurqan ayah ke 74. " وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا " Lagi risaukan diri sendiri sebenarnya. Aku ini lelaki, Allah kata dalam surah anNisa' lelaki itu Qawwamah buat orang yang dipimpinnya. Konteks alQawwam tu luas. Bagi aku tidak kisah dia tidak pandai masak, bengkeng, tak reti melawak, kalut atau masih banyak kelemahan diri. Aku ini pun sangat banyak kekurangan dan kelemahan. Perkahwinan itu satu perkongsian hidup, bertolak-ansur, boleh dibawa berbincang dan saling