Skip to main content

Qoute to ponder


"Learn to pray, not because you need SOMETHING, but because you ought to thank Him (swt) for EVERYTHING!" SubhanAllah!"

Ustaz Nouman Ali Khan

-Semalam sembang-sembang dengan abe besar, beliau kongsi satu kisah;

"Ada seorang sahabat sewaktu mereka keluar bersama jemaah kepingin air nyor.Tinggi pokok yang dipanjatnya itu. Allah nak uji hambanya, ditakdirkan sahabat itu jatuh dari pokok kelapa setinggi bangunan 4 tingkat itu. Ramai orang bertempiaran menghulurkan bantuan, tapi seorang sahabat ini dia terus masuk ke masjid dan menunaikan solat, alhamdulillah si sahabat yang jatuh itu cuma lebam-lebam saja badannya."

Ibrah cerita yang dikongsikan itu bagi aku, utuhnya Iman seorang hamba bila tiba suatu musibah, kepada Allah dia terus mengadu dan meminta pertolongan. Kita mungkin fikir,

"apa guna solat si polan tengah sakit baik call doktor"
"doa-doa, barang yang hilang itu bukan boleh tiba-tiba muncul pun"
"..dan macam-macam lagi"

Allahurabbi rasa malu dan bangga dengan sahabat itu, (he's my ex-roomate at uia pj actually). Malu sebab diri masih belum sampai tahap keimanan itu..astagfirullah, maafkan aku yaRabb atas memperlekehkan bantuan dariMu.

-Mahu istiqamah berblogging semula insyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)