Skip to main content

Daie' instant

"Ada satu penyakit yang lagi bahaya dari HIV,
Penyakit mencari populariti dan status atas nama agama.."

Murabbi aku pernah bertanya dulu:
'Sukry, tahu tak jawatan yang orang sangat tergilakan?'

'Ceo ustaz? Tak pun perdana menteri, satu negara dia pegang'

'Bukan, jawatan itu ialah ahli agama, baik seorang ulama' mahupun sekecil seorang siak!'

'Kenapa? Pelik sebab gaji depa bukan besar pun'

'Bukan gaji ukurannya,tapi pengaruh dan taat orang pada diri dia. Perdana menteri akan ada orang yang membangkangnya, tapi seorang alim, orang akan pandang dirinya tinggi dan setiap kata-katanya orang patuh.'

Sungguh Allah akan angkat darjat hambaNya yang bertaqwa. Tapi hati-hati dengan penyakit hati terutama kawans yang dalam bidang agama dan yang aktif menjalankan dakwah dan tarbiah. Jangan pernah ingat diri kita lagi baik dari orang lain dan jangan angkuh atas ilmu yang sikit itu.

Ada yang senyap saja lagi-lagi di laman sosial, tiada status-status agama, tiada vblog agama, mahupun artikel-artikel. Tapi siapa tahu taqwa mereka lagi hebat dari kita :)

Allah tutup aib-aib kita sebab itu orang nampak kebaikan pada diri. Andai terbuka mungkin kita insan paling hina dimata mereka.

Have ikhlas in every deeds that we make shall we? Do, solely for the sake of Allah swt.

Tabarakallahu fi kum.

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)