Skip to main content

Quote::Utusan Online

Artikel nie menarik minat aku.Prinsip Satu Malaysia?.Apa tu?.In brief,macam faham je usul yang ingin disampaikan oleh Yb.Pedana Mentari kita  nie.Beruntung gile belia-belia kat Melaka,dapat jumpa dan dengar amanat PM.Apa-apapun kita sebagai belia kena hormati keputusan pemimpin kita.Tak puas hati masuk bidang politik,jadi PM.Then,kau boleh buat apa kau suka.

"MELAKA 13 Mei - Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini berbeza dengan tahun sebelumnya apabila golongan belia akan mendengar amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep Satu Malaysia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, ini sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia terutama golongan muda memahami apa yang ingin dibawakan oleh Najib melalui konsep Satu Malaysia.

Menurut beliau, ini merupakan ucapan ulung Najib kepada golongan belia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

''Saya harap sambutan kali ini akan menjadi tempat kepada seluruh kepimpinan belia dari seluruh negara memahami konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

''Selepas daripada itu apabila mereka kembali ke tempat dan kawasan masing-masing, mereka akan membawa satu suara yang sama dan bukan lagi atas andaian serta pemahaman yang berbeza-beza," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan berkelompok cawangan-cawangan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang di Dewan Japerun Sungai Udang di sini malam tadi.

Razali berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan sambutan dan perhimpunan Hari Belia Negara 2009 yang bertemakan 'Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan'.

Acara sambutan dan perhimpunan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dekat sini pada pukul 4.00 petang, Jumaat ini.

Menurut beliau, seramai 20,000 belia dari seluruh negara akan berhimpun bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara kali ini.

''Sehubungan itu, saya mengharapkan golongan belia dapat memahami amanat Perdana Menteri pada 15 Mei ini mengenai konsep Satu Malaysia. Amanat ini penting untuk mengajak para belia bergerak atas satu nada dan yang lebih penting atas satu pemahaman," katanya."

Comments

  1. huh??? MITC???
    ehe, mcm mlas jee nak g...
    klu ade mkn2 takper laa... huhu....

    ReplyDelete
  2. haha..
    ko nie mkn je tau..
    bankrap penganjur tu..

    ReplyDelete
  3. hehe..
    mne laa tau kan, nak meramaikan lagi belia2 dtg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor