Skip to main content

Quote:Zikir Berjoget




"

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.

Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;

ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير

Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan

Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.

Hadis di atas menjadi dalil di atas keharusan berzikir dan memuji Rasulullah SAW dalam keadaan menari dan mengerakakn tubuh. Berzikir dalam keadaan menari atau menggerakkan tubuh tidak termasuk daripada tarian yang haram kerana ada dalil yang membenarkannya. Bahkan ia HARUS kerana boleh mencergaskan badan dan boleh membantu untuk menghadirkan hati mengingati Allah.

Oleh itu, niat dan tujuannya betul kerana kaedah menyebut الأمور بمقاصدها “setiap perkara itu mengikut tujuannya” Adapun jika niat dan tujuannya baik tetapi caranya diharamkan oleh Allah maka ia tetap haram tetapi dalam masalah ini ada nas yang membenarkan zikir sambil menggerakkan badan dan menari seperti yang telah dinyatakan di atas dan tujuannya juga baik maka ia kekal sebagai HARUS di sisi syara’.

Ana tidak suka untuk menggunakan istilah berjoget kerana kebiasaannya ia merujuk kepada tarian yang haram namun apa yang disebut oleh ulamak dengan menggunakan perkataan إهتزاز dalam bahasa arab yang membawa maksud hayunan atau goncangan. Namun di dalam hadis digunakan perkataan يرقصون yang diterjemahkan di dalam bahasa melayu dengan maksud menari. Jadi tidak salah kalau kita gunakan istilah menari. Kerana tarian itu ada yang HARUS dan ada yang HARAM.

Untuk mendekatkan kefahaman kita. Jika kita melihat orang yang menyanyikan lagu nasyid sambil mengerakkan tangan dan body kerana menghayati lagu yang ingin disampaikan mengapa kita tidak katakan ia HARAM, BIDAAH atau sebagainya?

Jadi jika menyanyikan lagu nasyid yang sudah ma’ruf kepada kita keharusannya mengapa kita tidak dapat menerima zikir dalam keadaan menggerakkan tubuh kerana merasakan kelazatan zikir dengan menyebut nama Allah?"



-Aku jumpa artikel nie kat blog tahu,faham dan amal.Wa'lahhualam bisawak,aku tak de ilmu nak ulas pasal nie.

-Nak tahu lebih lanjut : jomfaham

Comments

  1. huh...
    ni da macam mempermain2kn name Allah jee...

    ReplyDelete
  2. xtau la dee..
    xbrani nak cakap..
    1st time tngok rasa cam tu gak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Ini artikel ana..ana terjemahkan apa yang disebut oleh Syeikh Kadir Isa Al-Halabi di dalam kitab Haqaiq anittasawwuf di bawah tajuk al-harakah filzikri (pergerakan dalam zikir) mukasurat 157..

    Memang pada pandangan kita pelik..pada pandangan ana sekalipun tetapi jika kita tidak suka sekalipun jangan mudah utk mengatakan orang lain sesat atau tidak betul tetapi akui kejahilan diri dalam memahami jutaan kitab2 ulamak..

    Terima kasih kerana meletakkan di blog enta..

    ReplyDelete
  4. sama-sama,semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah s.w.t...
    amin~

    ReplyDelete
  5. mybe kt malaysia kita jarang jumpa situasi mcm nih...
    tp klau korang g tanah arab nnti,
    korang akan takjub sgt!
    di sana mcm2 jnis zikir ada...
    pelbagai bangsa, pelbagai budaya,
    tp atas satu agama yg sama: ISLAM..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip

Award!?

>letakkan logo award ini di blog anda. -sudah >anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. -Nina -Neem -Bijan..(link lost) -Amira Saryati..(link lost) -Balqis Riza -Puppeteer..(link lost)  -Syahir..(link lost) -Mak cik para -Rue..(link lost) -Syazana - tmbah satu lagi,my blog:not a diary..hihi >pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda. -sudah,kepada pemilik blog yang berstatus *link lost tu sila-sila la tinggalkan link di cbox..trimas >informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. >bagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini. macam mane ek, nak bagi cinta dan sayang?..muah!!..boleh kut..haha

Serenity

Menjaga pandangan mata sendiri dan mata orang lain (dengan bersederhana dalam perkongsian di laman sosial contohnya). Tak reti sangat hal perkahwinan ni walaupun dalam proses pemilihan calon. Macam-macam teori dan kaedah wujud, tapi yang teragung kita ikut cara Rasulullah saw. Selain agama, biasanya tidak meletakkan apa-apa kriteria selain perasaan Qurratul ain pada bakal pasangan.  Doa' dari su rah alFurqan ayah ke 74. " وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا " Lagi risaukan diri sendiri sebenarnya. Aku ini lelaki, Allah kata dalam surah anNisa' lelaki itu Qawwamah buat orang yang dipimpinnya. Konteks alQawwam tu luas. Bagi aku tidak kisah dia tidak pandai masak, bengkeng, tak reti melawak, kalut atau masih banyak kelemahan diri. Aku ini pun sangat banyak kekurangan dan kelemahan. Perkahwinan itu satu perkongsian hidup, bertolak-ansur, boleh dibawa berbincang dan saling