Skip to main content

Cerita Itu Ini


passion

Assalamualaikum,wahai pembaca.

Tengahari tadi ibu-bapa aku datang menziarahku di sini.Kebetulan mereka mahu menghantar kakak sulung ke UPM.Kami singah di wakil YAMAHA tadi,menjengguk-jengguk harga bakal motor pertamaku,FZ150i.Lebih kurang rm8500,bulanan sebanyak rm250.InysaAllah aku mampu untuk membayarnya.

Pernahku ceritakan diblog ini dimana pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengatur semula syarat kelayakan untuk menduduki asrama .Kesemua palajar tahun 2 dan 3 akan dihalau keluar dari mahalah bermula tahun hadapan,kecuali pelajar yang dirasakan berguna bagi pihak mahalah.(*mahalah adalah kolej a.k.a asrama).

Boleh minta pendapat?Yang mana lebih baik,duduk diluar atau diasrama?.Aku bercadang mahu tinggal dirumah jikalau tidak dapat tinggal diasrama.Tapi itu la,terpaksa untuk aku korbankan zaman keremajaan.Ya la,susah untuk aku bersosial dengan rakan-rakan kelak.Beriadah bersama dipetang hari,berbuka puasa bersama,keluar bersuka-ria bersama.Sangat seronok!.

Tapi peluang untuk aku mengejar impian lebih cerah jika aku dirumah.Aku teringin digelar kartunis.Sudah banyak kali aku cuba untuk bekarya dibilik,tapi megecewakan.Sukar nak fokus kerana rakan-rakan selalu mengganggu.Nak mengulangkajipun aman,tapi agak bermasalah untuk menyiapkan tugasan berkumpulan.

Aku teringat satu babak dari anime Fullmetal Alchemist,ketika adik-beradik Elric gagal menghidupkan ibu mereka dalam proses trasmutasi manusia.Kata-kata dari Edward membuatkan aku berfikir,"setiap nilai mesti dibayar dengan nilai yang sama..".Aku kaitkan dengan teori kesamaan,pernah tengok simbol ini? '='.Ya simbol 'sama dengan' yang kerapkali kita gunakan didalam pengiraan matematik.Teori itu menceritakan tentang konsep keseimbangan,sebelah kiri mesti sama dengan sebelah kanan.Baru seimbang.

Memang betul,untuk mencapai keseimbangan tersebut salah satu pekara yang mesti adalah pengorbanan.Pengorbanan tersebut mestilah setimpal dengan kejayaan yang diperoleh.Sebagai contoh dalam kontek peperiksaan.Tanpa mengorbankan masa untuk memahami ilmu,sukar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Aku ingin berjaya dan aku ingin mengejar cita-cita.Tapi untuk mengorbankan zaman keremajaan itu.Macam sukar.Dengki juga membaca cerita di blog, melihat gambar-gambar di Facebook dan friendster rakan-rakan.Seronok mereka bersosial.Tidak mengapalah,utamakan pekara yang lebih penting dulu.

Hmm,InsayAllah aku akan buat solat sunat istikharah.Meminta pertunjuk dari yang-Esa.

"kawan-kawan mari kita berdoa supaya Allah merahmati dan memakbulkan segala cita-cita~Amin"


confusion

Comments

  1. jadi la ketua pelajar ke..dpt la duduk asrama..hihi

    me, aku duduk rumah..mahal yes, tp berbaloi..sebab semua kemudahan ada..n dpt praktis jd seorg suri rumah tangga..kih3..

    kalau rumah bujang, lain cerita kot..

    gambar mr bean tu memeningkan laaa

    ReplyDelete
  2. ketua pelajar?..hihi
    mahu juga,tapi semata-mata nak stay college mcm tak best je alasan tu..


    bal practice jadi suri rumh?..haha,btuah bakal suami kau nanti

    haha,peningkan tengok gambar tu.

    ReplyDelete
  3. ko kate nak duduk serumah ngan aq...
    jomla kite carik rumah..
    bleh aq tumpang fz ko nanti

    ReplyDelete
  4. kalu tinggal kt umah sendiri pun blh jer nk bersosial....tgok2 pd kwn2 serumah la...pilih la yg palng kamceng dan yg paling memahami :)

    ReplyDelete
  5. teck sori la,aku still consider.

    nis,aku maksudkan rumah sendiri,rumah dimana ibu bapa ku tinggal..(-_-")

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

Remodeling::Hurm

Bismillah~ This time I've done the best (hopefully) to remodeling My blog::Not a diary's layout.Simple,clean and contra,that are the theme I used for this layout.Guess what?,did u notice the 'cute' icon , the one on the right side of my blog , on the trail?. Man,it is a pain in ass to put that.Seriously, I got my code crash as I tried to apply those particular code.But ,alhamdulillah at the end it worth trying.Owh,by the way I stole the code HeRe .Hehe.. p/s:if u found that this blog is lagging.plz inform me ok..thanks p/s lagi:cuti tinggal seminggu..haha..adoi love this pic:dari cik para

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor