Skip to main content

Suatu ketika dahulu

Usha-usha forum,terjumpa satu topik pasal kenangan silam.Shahdu beb bila mengimbau kembali saat tu.Kat bawah ni ada gambar-gambar yang mungkin buat korang shahdu macam aku.haha.

Tora~ Datang Lagi!! Hahahah~ Penah Beli Tora Nie? Smiley


Permainan yang selalu ada di kedai apek.. masuk duit seposen main sambil melutut.. haha.. dapat kacang botak percuma lagi tu.. hahaha~


Super Mario~jangan cakap tak tahu..tipu



haha chewing gum.. seposen satu.. tapi bleh share 3.. ada lagi sejenis ada dua warna,hitam dan putih..masyuk woo kunyah


Game Donkey.. Maid... One hepi family at home!! huhuh,selalu main dengan akak aku dan geng-geng dia!?..


Lagi Gambar..


Pencil Box.. hukhuk ni yg besi,jenis kainpun ada..


Haaa pencil box nie yg paling best.. canggih.. aku sekadar memerhati dari jauh saja,tak mampu nak pakai.hahaha.. aku pakai kotak video tape saja.


Pemadam getah,banyak gila koleksi .. main lawan getah pemadam..kalah!,pemadam kau aku punya.Fikir balik macam berjudi la pulak.




Power ranger~GOGOGO.Haha,selalu tengok cerita ni waktu petang lepas kelas fardu ain.Best!,siap ada spekulasi lagi dengan slogan dia waktu tu,"mighty morphing power ranger" sebab bunyi morphing tu seiras nama ganja.Hahaha,lawak2..


Water Colour panda~ agegege.. time pendidikan seni saja kegunaannya..


Guli!permainan bermusim,dah menang simpan dalam botol.




Kad gambar.Siap ada buku lagi.Dapat kumpul semua kad boleh redeem hadiah.




Pistol mainan ni meng-upgradekan permainan 'kejar-kejar'.Best woo,lagi-lagi letak peluru plastik,berbintat badan dibuatnya.




Belon yang kena dihisap dulu,letak kat straw pastu tiup.. huhu~



Yoyo,sampai sekarang aku still addicted dengannya.Waktu dulu miskin duit ada 2~3 posen je,beli yoyo yang murah je.Jeles juga tengok member-member yang beli yoyo kategori mahal,siap ada lampu dan muzik lagi.haha


An,an,an..tottemo dai' suki Dorae~mon.Anime lagenda.


Popeye da sailorman~ trutt trutt.. Smiley


Animasi yang hawt!.Kegemaran abadi.

TMNT~aku suka kekura!


Girls mesti selalu main menda nie kan dulu2.. hehe laki pon ade main kot.. Tongue


DragonBall~aku mula berjinak dengan lukisan disebabkan komik ini la.Pertama kali baca,pinjam abang sedara aku punya,terus berminat nak melukis walaupun waktu tu aku sekadar tengok gambar je.hihi



Sape ingat lipatan wat menda nie??


Penah makan biskut nie.. aku suke yg atas die jer.. manis jer.. yg bawah aku buang.. haha



Tak ingat nama toy ni.


Coklat ni sedap,2 posen je,lagi sedap dari Cadbury.


Selalu berkongsi duit dengan kawan nak beli gula-gula getah ni..



Gasing~satu lagi permainan bermusim,memang syok.Siapa angkat dulu sebut.."yen".





Tutup botol,bestkan.Waktu rehat je masing-masing gi kantin minta tutup botol kat mak cik kantin.



haa.. mainan batu seremban girls la tekongnya.. aku tau jgk main..tapi tak sehebat kaum hawa..huhu



Dash Yonkuro,pengaruh yang hebat buat budak-budak lelaki.Sanggup kumpul duit belanja harian untuk beli mini 4wd nie,tapi beli yang local je la nak beli Tamiya kena kumpul duit raya,haha.



Alien workshop,jenama yang mengalahkan jenama-jenama hawt macam Nike,Adidas,Puma etc.Belagak gila siapa yang ada dompet alien workshop nie walhal beli kat pasar malam je.Haha



Kamen Rider rules!!haha,all time favorite super hero aku.Untill now still tengok lagi.


Thunder..Thunder Cat!..




biji getah..bab nie mmg best. gosok lama-lam kat lantai, pastu tenyeh kat kawan.. pastu kene kejar satu skolah.. hahahaha..kadang-kadang guna sebagai peluru lastik.



Galah panjang,riadah waktu rehat..





Bilik feveret nie.Setuju!?



Snack kegemaran..








mkn dgn roti..fuhh..layan

Apa lagi ya!?Haa,korang tambah la sendiri..haha

Bila dikenang kembali zaman kanak-kanak ni buat aku rasa bersemangat untuk jadi lebih baik.

Berkawan kerana keikhlasan,buat kerjapun seronok sebab masing-masing suci je fikiran.Bila semakin dewasa banyak pula pengaruh negatif diadaptasikan, berkawanpun sebab ada kepentingan antara satu dan lain,menipu dalam kerja la.Tak boleh ke kita kembali seperti dulu.Dari segi keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekara?

Dan siapa kata kita perlu duit yang banyak untuk bergembira!?,kecil-kecil dulu bahan recycle pun sudah cukup buatkan kita gembirakan?.

Mari sama-sama membaiki diri yang lemah ini.

Comments

  1. saya suka makan super ring.
    habis merah merah tangan makan
    haha smapai sekarang "hantu " super ring.

    BTW, aku ade koleksi 3 kotak pemadam.
    hahah

    ReplyDelete
  2. haha,ada lagi 'hantu' super ring.
    sekarang dah mahal,sikit pula tu.

    banyaknya pemadam!,aku punya tinggal seketul saja,banyak dah hilang dan kena kebas dengan adik.

    BTW,thanks for comment

    ReplyDelete
  3. wah..soo true..all of them are my fav tooo..thanks for the post... really missed the memory soo much...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)