Skip to main content

Entri pertama tahun ini

Bismillah dan salam,

Entri tahun baru ini sepatutnya disiapkan seawal 1 januari lagi.Maaf agak sibuk untuk menulis.Er,apa yang harus aku ceritakan ha?.

Oh ya,ku khabarkan mahu berkongsi pendapat tentang isu 2012 dientri yang lalukan.Aku rasa kamu semua sudah dapat gambaran tentang 2012,ya,ada yang mengatakan itu tahun kiamat dan ada yang mengatakan itu permulaan kiamat dan terdapat juga yang percaya tilikan kaum Mayan dan Nostradamus.Wallahualam,tapi bagi kita,Muslim kembali ke telunjuk Islam adalah wajib.Terdapat 3 perkara yang ditentukan oleh Allah,ya betul ajal maut,rezeki dan jodoh.Tarikh kiamat juga dirahsiakan dari umat manusia.Ok rezeki dan jodoh tu tiada kaitan dengan 2012,er,mungkin penulis bertemu jodoh pada tahun itu,haha.Tetapi ajal itu pasti.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya
dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. - Aali
`Imraan (3) : 185

Perkara lain yang menarik minat aku tentang isu 2012 ini ialah teori domino sebab terdapat logiknya disitu.Apa itu teori domino?teori ini disifatkan sebagai rantaian kemusnahan seperti domino yang jatuh satu per satu bermula dari blok pertama.2012 dikatakan medan magnet bumi menjadi sangat lemah susulan itu medan magnet utara bertukar kedudukan dengan selatan.Kesan daripada itu bumi terlalu lemah untuk menahan sinar radiasi dari matahari.Ya,banyak spesis tumbuhan dan binatang akan pupus.Boleh kamu bayangkan apa yang akan berlaku berikut,binatang dan tumbuhan pupus,manusia kekurangan makanan,geologi bumi tidak stabil,bencana alam berlaku bla bla.Wallahualam.Er, jangan risau fasal 2012 ya.

owh,ku terjumpa satu klip video agak menarik untuk dikongsi.

Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah Ganyang Malaysia.Huh,kalau nak diperbincangkan takkan habis.
Aku kesal juga tapi aku gembira,kenapa kau tanya.Kerana isu ini la dapat aku lihat perpaduan dikalangan
rakyat Malaysia,khusus rakan-rakan sebaya.Hebat,ramai yang bersatu ketika sekumpulan warga Indonesia
menghuru-harakan kumpulan1989.


Banyak lagi isu-isu hangat,salah satunya penggunaan khalimah 'Allah' yang dituntut oleh pihak Kristian.
Er,Aku tidak sokong.Kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Muslim
Malaysia yang banyak sangat tahyulnya.Satu lagi isu Freemason,Illuminati,Lady in red dan sekutu
yang dilihat menonjol sewaktu AJL.Huh,nak mengulas panjang sangat.

Owh ya,semalam seorang rakan telah mengesyorkan sebuah filem,Gadoh tajuknya.Filem ini dikhabarkan
diban.Fasal isu perkauman diMalaysia,menarik sebab mesej yang disampaikan itu sangat jujur dan
'makan dalam'.Er,mungkin sebab itu ianya diban.Tengok la,di YouTube saja filemnya ada 8 bahagian
semuanya.Sungguh filem ini lagi bermanfaat dari cerita-cerita yang kononnya memberi pengajaran
seperti Bohsia,Rempit,KL Drift,KAMI.


Owh ya,aku ada motor baru..Yea!!haha.
er,lepas ini boleh la berulang dari Bentong ke Uia.insyaAllah.
Ok la sahabat,ceria-ceria selalu.

Comments

  1. hah dah malas pk isu ganyang
    dah muak
    >.<
    leh x??
    hoho


    ey,ne moto besar??
    show off ckit!
    lalalal

    ReplyDelete
  2. haha,boleh aja..
    it's better that way,i guess la

    hoho,i malu la nak show off..
    lagi satu motor tu tak la besar pun.
    sedang-sedang je..
    k la insyaAllah nanti aku upload photo.

    ReplyDelete
  3. alolo,xper2 moto aku agi kecik nk tgk
    nk usha
    haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)