Skip to main content

Itu dan ini

Salam dan sejahtera kawan-kawan.

Dah lama aku tak mengemaskini blog,tiada idea la untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat.

Oh ya,satu hari tu,pak cik aku bertanya la fasal major yang bakal aku pilih,ku katakan CIE,Computer information dan eletrical,dia balas "owh,kamu nak bukak cyber cafe ke,bagus-bagus" and i'm like no la uncle,haha.Aku sudah dapat pengkhususan dalam bidang belajar !!,Bachelor of Engineering Electronics-Computer and Information.Er,penerangan ini bukan ICT walaupun ada 'computer' disitu tapi 'major' ini lebih kepada electrical dan electronik engineer.Ramai sangat pelajar yang lari dari memilih 'major' ini,mereka takut subjek yang berkaitan dengan programming,jangan risau tak banyak subjek tu ia lebih kepada litar dan calculus.I'm hoping to do the best,insyaAllah.Target,mahu buat os sendiri,kamu beli ya.

Semalam sangat seronok,dapat tolong kawan,eh,aku tolong dengar je tak banyak membantupun.Kesian dia ada masalah dengan kawan baiknya,hope she can settle it peacefully.Huh,entah la aku ni macam dah terbiasa pula dengar masalah orang.But it's good u know at least kita ada idea cara penyelesaian yang perlu jika pekara yang sama terjadi kat kita kan disamping dapat ringankan bebas sahabat.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Kekasihku Fz sudah 630km kau bawak aku,hoho.Sangat selesa tunggang motor ini,tak rugi la beli dan penggunaan minyak yang sangat jimat lebih kurang 350km satu isian er dalam MRY15 saja .Thanks dad for dahulukan pembayaran.
ini bukan beliau,er,fairing LC macam cunkan.


OK la,'till next time.Aku tengah belajar cara-cara membuat multimedia presentation guna Adobe After Effects,er,diberi amanah untuk AGD Stuff sem ini.InsyaAllah nanti aku post.

Comments

  1. haha , ko mesti haibat abes calculus
    aku dengar orng cakap susah so do ur very100000infintytimes best okeh in ur study
    hikhik comel lapakcik ko,gi uis bukak cc,cam bagos je bisness kecil2
    :)

    ey jgn discrimniate moto anda,sila letak gmbar moto sndri ,nanti die sedih pastuh majok ngn ko
    :O

    ReplyDelete
  2. insyaAllah,doing the best la ni..
    ada nist juga nak buka cc,er,tapi tu nanti cerita la..

    haha,kalau dia merajuk aku pujuk je la susah pe,kasi engine oil baru elok la tu..huh

    ReplyDelete
  3. amin, :)
    eyh,ye lah ckp camth kang moto tuh wat hal bru taw
    :P

    ReplyDelete
  4. ush,jangan mau jalan jauh esok..
    karang tak fasal-fasal kena tolak ke uia..huhu
    kurus pulak nanti..

    ReplyDelete
  5. elektrik n elektronik..

    mak aku dulu dak elektronik..dier ckp susah..

    abah aku lak elektrik..dier ckp best..

    tpi anak2 dier xnmpak ape yg best kat bidang ni..

    huhuh...

    aku dah jauh tersasar dri bdang yg dier nk..

    adeq 2nd aku lgi la..peladang bejaya...

    hahaha

    sian cik pazi..

    gud luck pakcik!

    ReplyDelete
  6. syuk, all the best in ur study, xsabar nak tgok kwn gue yg sorang ni kuar jd engineer...!

    errr, pic moto tu mengancam! haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip

Award!?

>letakkan logo award ini di blog anda. -sudah >anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. -Nina -Neem -Bijan..(link lost) -Amira Saryati..(link lost) -Balqis Riza -Puppeteer..(link lost)  -Syahir..(link lost) -Mak cik para -Rue..(link lost) -Syazana - tmbah satu lagi,my blog:not a diary..hihi >pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda. -sudah,kepada pemilik blog yang berstatus *link lost tu sila-sila la tinggalkan link di cbox..trimas >informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka. >bagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini. macam mane ek, nak bagi cinta dan sayang?..muah!!..boleh kut..haha

Serenity

Menjaga pandangan mata sendiri dan mata orang lain (dengan bersederhana dalam perkongsian di laman sosial contohnya). Tak reti sangat hal perkahwinan ni walaupun dalam proses pemilihan calon. Macam-macam teori dan kaedah wujud, tapi yang teragung kita ikut cara Rasulullah saw. Selain agama, biasanya tidak meletakkan apa-apa kriteria selain perasaan Qurratul ain pada bakal pasangan.  Doa' dari su rah alFurqan ayah ke 74. " وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا " Lagi risaukan diri sendiri sebenarnya. Aku ini lelaki, Allah kata dalam surah anNisa' lelaki itu Qawwamah buat orang yang dipimpinnya. Konteks alQawwam tu luas. Bagi aku tidak kisah dia tidak pandai masak, bengkeng, tak reti melawak, kalut atau masih banyak kelemahan diri. Aku ini pun sangat banyak kekurangan dan kelemahan. Perkahwinan itu satu perkongsian hidup, bertolak-ansur, boleh dibawa berbincang dan saling