Suatu ketika dulu bersembang dengan kawan, katanya penggunaan bahasa aku agak baik tak mahu menulis buku, soalnya.
"Maleh la, struktur ayat pun berterabur dan banyak merepek je lebis.." kataku
Tak suka sangat menulis, lebih berangan-angan mahu serius melukis. Tak mahu sebuah buku karya kendiri impikan sebuah novel grafik dengan nama 'kusyuk' di sisi buku.
Tapi kenapa lukisan?
Corak hidup dan ujian yang Allah beri pada aku sejak dari kecil menolak minat dan fokus pada aktiviti perseorangan. Jatuh cinta dengan komik tika pertama kali 'baca', heh budak kecil berumur 4-5tahun mana tahan lihat barisan tulisan yang memeningkan itu tak gitu?. Bermula dari Mutiara Naga hinggakan komik yang jarang didengari macam anak sateria chinmi semua dibaca. Seawal darjah dua aku sudah mula berjinak melukis komik, waktu itu komiknya ringkas saja cerita 'digimon' yang dilukis pada buku petak-petak. 3-4 jilid juga kalau tak silap.
Pada aku komik hanyalah satu bentuk medium dakwah yang berkesan jika kena cara, plot dan isi yang ingin disampaikan. Lagipun menurut kajian gambaran dan imaginasi dapat memberi impak jangka masa lama yang berkesan. Iya, kanak-kanak pun mudah tertarik dengan gambar. Banyak sebenarnya penyebaran ilmu yang tersisip dalam komik-komik era 90-an khususnya, komik sekarang agak mengarut. Penyebaran ideologi juga turut hadir. Manga, impaknya yang kuat juga.
Tertawa sinis bila teringatkan betapa gigihnya aku dulu dalam arena ini, sepanjang 'kelas prep' diMrsm dulu waktu yang diperuntukkan untuk belajar aku berlatih melukis, bila orang tidur baru diri bangkit awal gelabah untuk study. Heh.. Siap ada assistants lagi waktu itu, dah macam manga Bakuman. Terima kasih Muhammad Al Abqori dan Alif Syafiq :)
-For the past 2 years, banyak juga dapat tawaran melukis untuk majalah, untuk santai-santai dan juga untuk risalah. Terima kasih pada yang berkenaan memberi peluang untuk aku merasa payahnya melukis dalam stres ini. Dan maaf sebab tak dapat nak beri komitmen yang tinggi sekarang ini, kepala sibuk fikirkan radiasi saja.
*Gambar, komik strip 'Iman, Bidin dan kak Solehah' yang tergendala :(

Comments
Post a Comment