Skip to main content

Allah is everything!

"Everything u see around u is garbage... It's nothing... Allah is everything..."

-Sangat terharu kat part muslims berjemaah itu, it looks sweet. Yes, long before muslims are small in number, 310 to 1000 in badr!. But that was before, now majoriti muslim pada nama saja, secularism bernanah dipemikiran. Ramai yang berlaku syirik tanpa sedar, dan ingatlah sahabats kalimah 'Laillahaillalah' (tiada tuhan melainkan Allah) bukan satu kalimah yang ringan...

'kau tak de kerja, tak de duit kau nak makan apa!?'
'belajar pun tak habis ada hati nak sara anak orang!?'
'syukur la orang bagi kita 500rm, siapa lagi nak tolong kita? rezeki orang bagi'
'bro aku, aku tak boleh la bro, jiwa kacau ni nak kena karok juga la, karok sepam dua jom'
'mati la aku repeat paper ni, solat hajat aku dah buat study pun dah siot la!!'
'tak tak tak, hanya parti ini akan beri aku syurga!'
'kau kalau tak belajar bersungguh, spm tak dapat straight A's gelap la masa depan kerja DBKL la jawabnya'
'kau kau masuk neraka, yang tu masuk syurga sebab dia kiut, mana aku tahu? aku kan boleh baca niat hati orang'
'eh ada orang meninggal la, *capai selendang dan mushaf Quran yang dah berabuk'
'Ustaz, pak cik ni umur dah 70an mai sini nak ngaji Quran dan ilmu agama sikit, err, jom solat dulu? niat wuduk berapa raka'at ya?'

Heh, dialog rekaan semata, tapi ia diimplikasi dari pengalaman dan pemerhatian sendiri, islah diri dengan ibrah peristiwa sekeliling, mahukan Allah bersama kita tapi kita mengasingkan diri dariNya? Tak berkesan formula itu sahabats. Para sahabiah dahulu, tawhid mereka kukuh, ingat lagi peristiwa turunnya wahyu pengharaman Arak? ada yang sampai memuntahkan kembali arak yang diminum (walhal ia masih dikira halal sebab diminum sebelum turunnya wahyu) dan ada yang mencampak keluar balang-balang arak simpanan mereka. Tanpa sedikit rasa was-was pun dalam hati mereka, masyaAllah. Kita bagaimanakah pula? seruan illahi menyuruh kita menutup aurat sudah lebih 1400 tahun yang lalu, balas segelintir 'belum sampai seru'. Dan kita masih bergantung pada harta dunia, tiada duit tiada nikmat hidup katanya..

May Allah guide us to be alGhuraba, because Islam came as a stranger and it will become a stranger again..insyaAllah.

"Lets make a deal, you help me by reminding me to Jannatul Firdaus and I'll help you too"..boleh?

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)