Skip to main content

Its a waste

Tadi usai solat Isya' berjemaah di Masjid Shah IIUM, aku lepak sat di kaki tiang bersolat sunat dan memerhati gelagat jemaah di sana.

Comelnya! Ujar hati kecil ini, ke sana ke mari berlarian anak-anak kecil di situ. Macam itu lah bagus imarahkan masjid dengan kanak-kanak secara tidak langsung 'brainwash' mereka dengan pemikiran masjid itu rumah kedua.

Hari ini, jemaah dari luar kelihatan bertambah. Oh, program usrah muzikal rupanya. Tak tahu pun pasal itu, nak pergi bertiket program itu.

Rindu dengan ta'alim ada seminggu lebih juga tak sibukkan diri dengannya. Petang tadi ada sahabat ajak ke 'talk', apa entah tajuknya ada sis heliza dan imam muda asyraf di main audi engin. Tapi itu kalau nak pergi pasti terpinga-pinga ya la program bermula seawal jam 8 tu. Tak syok gitu.

Allah izin, terjumpa satu ta'lim di experimental hall tajuknya sains dan Islam. Agak hambar jemaahnya, mungkin ramai yang ke usrah muzikal kot.

Tajuk itu bukan la asing pun. Jujur dari pihak speaker pun katanya itu perkongsian tambahan subjek Ungs. Ungas 3 atau 4 macam tu la.

Menariknya talk tadi bukan pada tajuknya tapi ibrah dan semangat dari para ilmuan Islam itu yang mahal.
Jujur dari pengalaman sendiri, ajib sangat ajib para Ilmuan kita ni. Mereka seorang tahfiz, seorang ulama, mendalami ilmu-ilmu quran dan masa yang sama ilmu sains turut dihadam.

Prof terangkan ilmu itu 'attribute' diri seseorang. MasyaAllah. Pesan Prof lagi, sistem pendidikan kita tidaklah effektif mana pun, dari sistem ini lahirnya ramai anak muda yang dahagakan segulung ijazah. Anak muda yang 'worldview' mereka sangat nipis dari celahan realiti. Benar, tengok saja normal pemikiran kita, pulun study habis-habisan untuk diploma/degree dengan cgpa yang tinggi, semata-mata mahukan kerja yang mewah gajinya. Membazir bukan? Pesan dr. Yusoff alQaradhawi, baiki 'worldview' kita sejajar dengan anjuran syarak.

Tambah prof, di era kegemilangan Islam ilmu itu tidak dibahagi-bahagikan kecuali dua, yakni ilmu fardhu ain dan fardhu kifayyan. Semasa revolusi industri ilmu telah dipecah-pecahkan. Nah, apa yang kita ada sekarang ini. Kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan agama. Sistem pendidikan dah jadi semakin sekular, terasingnya zat-zat agama dalam ilmu lain. Sepertinya sains itu bukan sebahagian dalam agama. Nampakkan kaitannya dengan kita hari ini?

Waktu sesi soal dan jawab, ada sister bertanyakan soalan.

"bagaimana para ilmuan dahulu mendalami dan menguasai pelbagai bidang ilmu? Sedangkan kita ini sangat terkial nak habiskan satu bidang?" soalnya.

Jawab prof, MASA. Priority ilmuan terdahulu pada ilmunya, masa yang diperuntukkan Allah kepada mereka digunapakai dengan membaca, memikirkan ilmu dan berguru. Kita? Berapa lama masa diperuntukkan untuk membaca? Bukan bahan bacaan dalam silibus tapi buku diluar bidang, bukan buku sains fiksyen tapi buku ilmiah. Dan berapa lama masa yang kita habiskan dengan 'online'?. Itu tak termasuk hal-hal lagha lagi. Allhurabbi.

Sebagai contoh satu episode RunningMan pun dah hampir 2 jam, dan dalam 2 jam itu mengingati Allah menghampiri sifar. Yang ada hanya gelak ketawa dan cuci mata. Astagfirullah azim.

Bukankah Allah bersumpah atas masa?

"Demi masa sesngguhnya manusia itu didalam kerugian"

Ampuni kami yaRabb.
Talk tadi menaikkan balik semangat aku untuk ikhlas kutip ilmu dari pelbagai bidang kerana Allah. Jujur kata, waktu pertama kali berkenalan dengan para ilmuan Islam ini, diri rasa sangat hina. Hebatnya mereka ni, mahu jadi seperti itu juga insyaAllah.

Jangan penat untuk belajar wahai diri, kalahkan prof!, hampir 3ribu lebih buku yang dah dihadamnya itu.


Moga bermanfaat atas perkongsian ini insyaAllah.
Barakallahufikum
#yipYip

Comments

Popular posts from this blog

Remodeling::Hurm

Bismillah~ This time I've done the best (hopefully) to remodeling My blog::Not a diary's layout.Simple,clean and contra,that are the theme I used for this layout.Guess what?,did u notice the 'cute' icon , the one on the right side of my blog , on the trail?. Man,it is a pain in ass to put that.Seriously, I got my code crash as I tried to apply those particular code.But ,alhamdulillah at the end it worth trying.Owh,by the way I stole the code HeRe .Hehe.. p/s:if u found that this blog is lagging.plz inform me ok..thanks p/s lagi:cuti tinggal seminggu..haha..adoi love this pic:dari cik para

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

A wife

I just want a best friend out of a wife, whom I can share almost everything with.  My only criteria for a spouse, that feeling Qurratul ain. Selalu berdoa moga Allah zahirkan perasaan itu jika dia jodoh.  Sebab andai agamanya semata, yang menjadi murabbinya kelak aku juga, Andai kecantikannya, esok lusa tua berkedut juga, Andai sikapnya, manusia sentiasa ada ruang untuk improve,  Andai sekufu percaturannya, manusia ni subjektif. Pesan murabbi juga dulu sebelum masuk mrsm dulu; "Jangan mengatal nak cari makwe, nanti dah besar dan masanya Allah akan hadirkan rasa ''sejuk mata" dan hati yakin dia la orangnya. Sekarang ni fokus belajar dulu.." Tak reti sangat hal gini. Kalau ikut hati malas nak kahwin, rumit sangat mendalah ni at least for me. Allahu ta'ala alam. Deep pesan Ustaz Nak, berhati-hati la dalam memilih calon consult dengan Allah banyakkan. Masalah ummah hari ini banyak bermula dari institusi keluarga yang rapuh, didikan jati diri anak-anak yang...