Skip to main content

Khutbah Jumaat:Masjid Shah IIUM

Khatib memulakan khutbah dengan peringatan untuk kita mempunyai taqwa.

Khutbah hari ini berkaitan ujian,
Ujian yang Allah berikan untuk setiap insani di bumi ini,
Ujian itu suatu sunnatul haya',
Sebuah tradisi kehidupan,

Permulaan ujian itu bukannya baru, ia bermula sejak penciptaan manusia pertama yakni Nabi Adam a.s lagi. Nabi Adam diuji dengan godaan iblis dan akhirnya diusir keluar dari syurga. Dan proses ujian itu berterusan sehingga hari ini.

Nabi Ibrahim a.s diuji dengan dilemparkan ke  dalam api, terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya ditengah padang pasir serta disuruh untuk menyembelih anaknya sendiri.
Tapi beliau sabar,

Nabi Yusuf a.s diuji dengan godaan Zulaikha, rupa parasnya yang kacak dan juga dipenjara.
Tapi beliau sabar,

Nabi Muhammad saw diuji dengan kehidupan yang sukar, kehilangan ahli keluarga diawal usia yang muda, dicemuh dan diboikot.
Tapi baginda saw sabar,

Allah ciptakan syurga itu 7 lapisannya dan neraka itu juga 7 lapisannya bukan untuk suka-suka. Asbab utama sebagai tempatnya para hamba sesuai dengan tahap keimanan mereka. Bukankah ujian itu suatu kayu ukur keimanan kita?
Pandang bawah untuk berasa syukur pandang atas untuk pembaikian diri

Ujian itu ada dua jenis,
Ujian kesusahan,
Ujian kesenangan,
Seoranag mukmin dia mampu untuk tukarkan ujian itu kepada 'hadiah',
Hadiah untuk ke jannatul firdaus.

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)