Khutbah tadi dalam bahasa arab penuh, Ustaz Daood translatekan usai solat tadi.
Pengisiannya menyentuh perihal akhlaq, akhlaq seorang mukmin hendaknya. Dan sungguh akhlaq yang tertinggi dan terpuji adalah dari Rasulullah saw [alAhzab 33:21].
Wasatiyyah dalam akhlaq:
Contoh yang diberikan Ustaz, ada orang beranggapan dengan punyai akhlaq yang baik itu sudah cukup untuk mendapat ganjaran jannah dan ada orang makin beragama makin 'masam' mukanya, melihat bagai orang lain bakal ke jahannam. Tidak kurang juga ada yang berakhlaq baik untuk kepentingan tertentu dan waktu tertentu sahaja.
Pesan Ustaz, akhlaq dan iman itu ia jalan seiringan makin beriman makin manis akhlaqnya.
Murabbi aku pernah berpesan dulu, subjek adab dan akhlaq paling susah nak lulus ada yang berpuluh-puluh tahun belajar dan cuba masih busuk akhlaqnya.

Comments
Post a Comment