Skip to main content

YOLO

Bismillah,

It's been a while for me to have a proper writing in this blog, yah sorry guys kinda terbiasa menulis dalam bentuk kompak dan ringkas. Bahana twitter mungkin?

So, I've watched this video by mr.Boogie2988 on youtube just now. He's an awesome vblogger, got some cool stuff that he shared too. You can check him out later insyaAllah. He talked about YOLO, that suppose an acronym of You Only Live Once, i guess. I made some light reading for this YOLO thingy too, in brief this ideology make the believers to have the decency to freely act upon their nafs. Its not a healthy ideology to follow with by the way.

He infused himself with this YOLO 'ideology' through out his life. He eat whatever he likes, no exercise, work for the sake of money itself in order to fulfilling his nafs. Now he gonna turn 40, got lots of diseases and..obviously he regretted that.


You can watch it here:



The most interesting thing to ponder is, how do we see our life is? 

Tak de la nak tangkap serius sangat, tapi macam mana kita lihat hidup ini penting juga. Setiap saat yang kita dapat itu tak boleh nak diulang balik. Habis, habis la ia. Bagi muslim saat-saat itu akan dicatat oleh raqib dan atib dan dirakam juga untuk tontonan di padang masyar kelak itu yang ktia percaya bukan?

Kualiti atau kuantiti?

Bila ditelusuri sirah-sirah, sejarah para-para ilmuan dulu mereka pandang hidup ini bukan dari segi kuantiti, yakni umur tapi kualiti hidup mereka itu. Nah, maka lahirlah orang-orang hebat dengan izin Allah seperti Nabi Muhammad saw, para nabi dan rasul, Salahuddin alAyubi, Khalid alWalid, golongan saintis islam juga seperti alFarabi, Ibnu Sina dan yang lain. Majoriti umur mereka bukan 100 tahun, 1000 pun tidak. Nabi Muhammad saw umurnya setakat 63 tahun, khalifah umar abdul aziz sekitar 40 tahun saja. Soalan siapa dia ya yang berjaya membuka kota Constatinople pada usia muda itu? Haa betul, Muhammad alFateh.

Persoalannya, apakah dia definisi kualiti itu?

Tepuk dada sakit la dada, iman kita saja yang boleh menjawap takrifan kualiti itu. Ada orang bagi mereka hidup yang berjaya itu bila punyai wang dan harta yang banyak, ada orang dia lihat hidup pada memberi lebih dari mencari. Pelbagai variasi takrifan yang kita boleh kumpulkan. Dan tiada betul atau salahnya dalam definisi kualiti hidup ini, hidup anda.. pilih la mana yang berkenan.

Perkongsian hidup

Ramadhan sudah nak berakhir, hari ini yang ke-27 hendaknya. Doakan moga Allah memberkati dan menerima taubat, doa-doa dan amalan kita, allhumma amiin insyaAllah.

Sepanjang bulan Ramadhan ini aku cuba asingkan diri dari social networks, facebook, twitter dan yang lain. (tapi twitter tak jarakkan diri sangat, bila terlintas sesuatu atau ada hal yang dirasakan perlu untuk dikongsi baru twit. Tak bazirkan sangat la masanya berbanding di facebook lagi pun sejak dua menjak ini terlalu banyak isu yang menyedihkan juga yang menganggu hati di facebook. Seriously what happen to our society today!?). Segala aktiviti dakwah kecil (lukisan nasihat/islamik) aku hentikan, draf tinggal draf yang dah siap kekal dalam laci saja. Status-status berbentuk nasihat, nota-nota kuliah/tazkirah juga aku hentikan. 

Memerhati dari tingkap yang lain

Ada juga rakan-rakan yang bertanyakan aku, ada masalah ke? Jawab ku tiada cuma mahu melihat hidup ini dari satu sudut pandangan yang berbeza dari kebiasaan. Sejak bergelar graduan sebulan yang lepas banyak perkara yang terlintas serta hal-hal yang benar-benar serius untuk difikirkan. Perkara yang paling utama difikirkan ialah matlamat aku hidup di dunia ini. 

Hidup untuk mencari duit kah?
Hidup untuk mencari isteri kah?

Sebagai seorang mukmin, semestinya hidup kita berkisarkan mencari redha illahi. Matlamat akhir mahukan jannatul firdaus bukan. Dulu sewaktu di Mrsm, pandangan tentang kehidupan aku agak sempit. Aku mahu hidup sebagai seorang profesional, miliki harta dan kemewahan mungkin dengan itu boleh membantu aku menjadi seorang muslim yang diredhai. Formulanya terbalik, menjadi sorang muslim yang taat dan insyaAllah jika Allah mahu Dia akan berikan semua itu. 

Sirah-sirah para Khalifahtul mukminin, mereka bermula dari ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kemudian Allah buka ruang dan peluang untuk mereka diangkat menjadi Khalifah. Menarik bukan. Moga Allah izinkan kita melalui proses yang sama insyaAllah.

Kadang-kadang bagus juga untuk ambil masa dan ruang asingkan diri dari normal. Islah kembali akan kehidupan semalam. Ada perkara silap kita ambil ibrahnya dan perkara yang bermanfaat istiqamahlah amalkan. Hmmph, banyak lagi yang nak diperbaiki diri ini, pesan murabbi aku dulu.

"Setiap masalah itu bermula dari diri kita sendiri, 
Dan permulaan dari diri itu terletak jauh di dalam badan,
Yaitu hati,
Bersih hatinya insyaAllah bermanfaat juga masalahnya.."

Tabarakallahu fikum


Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)