Skip to main content

Hidup dalam kasut

Dump digging some old files, terjumpa gambar lama ni. Seingat aku lepas spm rasanya lukis komik tu, komik yang ini kena reject dengan gempak starz sebab plot tak matang. 

Mind if i share something related?

I've this passion in drawing ever since i was a kid, komik satu medium yang ringan tapi possible untuk inject message yang berat. And ya i thought why not use this media as medium of da'wah? Alhamdulillah peluang tu banyak juga Allah buka, tapi lebih suka remain anon its kool that way. Sebab ada hal yang menganggu hati seawal 'baru naik' dulu.

Satu pengalaman menarik yang aku nak kongsi. pengalaman yang mengajar aku 'hidup dalam kasut orang lain'. Jujur kata proses nak hasilkan sebuah komik (bukan jenis komik strip or one shot illustrasi macam karya-karya syabab contohnya) ni susah. Dan yang paling susah nak imagin atau translate sesuatu message dalam satu gambar. Imaginasi kena kuat dan betul-betul kena amati dan faham sesuatu mesej itu.

Bermula dari Mrsm dulu, weekend most of the time i'll go for outing alone. Tengok orang-orang susah dan bersembang dengan mereka, cuba belajar cara mereka berfikir, belajar kesusahan mereka juga. And dia jadi habit, to observe and to put myself in that situation. Sekarang pun, i did spend time jalan sorang-sorang diKL tu, chow kit or lorong-lorong. And believe me sangat ramai yang hidup merempat di negara sendiri. (Dan respon kerajaan atas kezaliman mereka sangat hina bagi aku. Pemimpin, satu hari nanti anda-anda akan disoal atas setiap orang yang dibawah jagaanmu. Alert la)

Cuba belajar hidup susah, kadang-kadang aku sedekahkan semua wang saku dan tinggalkan baki cukup untuk hal penting saja. Dan kadang-kadang aku avoid bermewah walau diri mampu. That's all for the sake of learning and to make a good plot. Oh ya, time praktikal dulu pun sanggup berulang-alik uia-cyberjaya menaiki motor je setiap hari berhujan panas kita redah je panadol tu dah macam gula-gula, ada kawan kata aku buat kerja gila. But i do learn a lot, learn to be syukr.. seriously nak menangis tengok pak cik-pak cik yang sehaluan time tu, dia bawa kapcai je and travel jauh untuk cari nafkah. Hebatkan seorang qawamah.

And yah, i've lots in mind to be translated into comics. But not sure i've that passion anymore. It need focus and commitment. Takpa la tu may Allah make it ease.

Niat aku nak berkongsi pengalaman saja. Cuba korbankan hidup untuk satu saat ambil tempat orang yang lagi bawah dari kita, belajar lihat dari mata mereka mungkin dari situ Allah izinkan kita faham keadaan umat sekarang ini, kenapa wujudnya masalah sosial, kenapa dakwah itu sangat susah nak dipanah jauh ke hati orang-orang sebegini dan lain-lain lagi. If you can go big, it helps you to be a good dai'e and you can't at least you will learn to appreciate. Being a better you insyaAllah.

-Industri komik kat Malaysia ni tak se-gah penulisan, maybe mind set orang kita komik ni tiada faedah dan untuk budak-budak, cuba baca manga-manga contoh terdekat one piece, eiichiro oda sisipkan banyak aspek kehidupan dalam tu dari hal sekecil jati diri, politik, religion, and something similar with our sirah. Plus diorang bayar murah untuk komik ni lagi-lagi freelance, heh.. kalau nak duit banyak berniaga je la. Moga bermanfaat



Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)