Bila ada yang prihatin berkata-kata akan isu penindasan di syria, rohingya, selatan thai dan mesir dulu,
Mereka mengkritik 'negara kita pun masih ramai orang susah tolong orang sini dulu'
Bila tiba giliran penindasan oleh pemimpin sendiri,
Mereka mengkritik 'tak bersyukur, diorang tahu la buat kerja diorang, bising-bising baik hang masuk kampung berkempen'
Pemikiran yang jumud,
Tidak bolehkah lihat sesuatu permasalahan itu atas akarnya? Dan cuba membantu atas sekecil kemampuan diri? At least paling tidak diri sendiri peka akan kesusahan orang lain dan nak didik diri dengan hadis mukmin itu bagai satu angota tubuh itu bukan mudah. Ini boleh dikira langkah kecil.
Persoalan contoh:
Ada seorang perempuan yang sarat mengandung di depan kita. Rebah menahan sakit kerana nak bersalin.
1-tanpa memikirkan apa-apa terus membantu menelefon ambulan atau bantu apa yang termampu oleh diri.
Atau
2- tengok, membebel dan mengkritik: di mana suaminya, kenapa dia boleh berada di situ dah tahu mengandung duduk la di rumah, kenapa dia pakai baju warna kuning. Dia ni berketurunan apa? Kalau aku tolong dia aku dapat apa? Dia bukan isteri or saudara aku pun.
Pilihlah no1 dan jika anda jenis yang ke2 hijrahlah. Kita ni manusia, haiwan pun ambil berat satu sama lain.
-Sedih sebenarnya bila isu-isu yang melibatkan kerajaan dan pembangkang rata-rata masih terperangkap dengan kepartian.
Di mana akhirnya masing-masing berkecil hati atas provokasi dan prejudis, masalah masih ada.
Kalau aku nak mengkritik,
Ron97 ron95 kenaikkan dua entiti ini meningkatkan lagi bebanan hidup rakyat. Ia domino effect, minyak naik harga barang dan kos sara hidup naik semua jelas yang itu. Analisa berkaitan subsidi pun tidak adil dengan alasan yang kerajaan berikan. Bagi aku sepatutnya isu ini kerajaan tangani secara senyap potong dan manage balik kewangan negara dan bebanan itu sepatutnya diberi pada para jemaah menteri dan ahli kabinet. Pengurangan elaun-elaun mereka atau kurangkan bajet pada aktiviti yang membazir contohnya. Bukan alihkan bebanan itu pada rakyat. Sebab jika ditelusuri sirah para khalifah, mereka hidup daif atas amanah yang dipikul.
"Untuk apa engkau datang bertemuku wahai saudaraku, urusan negara atau urusan keluarga.." dan beliau memadam pelita itu.
Pernah dengar bukan dialog yang seumpama?
Aku masih berpegang yang negara dan keluarga punyai satu asas yang sama. Amir menjadi qawamah atau pelindung bagi tanggungannya. Sedihkan kalau ayah sendiri mengungkit akan tanggungjawabnya, dan lagi sedih jika dia tidak mendidik kita.
Ada beza seorang pemimpin dan seorang yang bekerja sebagai pemimpin.
Comments
Post a Comment