Bulan 8 hari itu genap usia ku 24 tahun. A'ah usia normal bagi setiap pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk tamatkan ijazah sarjana muda mereka. Alhamdulillah, tamat dengan sukses.
Usai degree banyak juga masa yang diluangkan, bermuhasabah akan detik-detik hidup. Mencari-cari kudrat diri untuk digunakan pada jalan Agama. Teringat pesan sang murabbi ku dulu di Mrsm, pesan beliau kita hanyalah seorang hamba dan Allah swt memberi kebebasan membuat pilihan akan kehidupan sendiri. Ya, kebebasan memilih jalan akan 'destinasi' yang telah ditetapkan.
Pilihlah jalan mana yang engkau sukai,
baik jalan menjadi seorang ilmuan,
jalan seorang doktor,
jurutera mahupun bidang profesion yang lain,
tapi jalan yang berkompaskan agama..
Kata-kata itu aku pegang kemas hingga sekarang,
Jadi apa kaitannya dengan usrah?
Definisi usrah mengikut manhaj bahasa ialah keluarga, acuan ujian yang Allah berikan buat aku sejujurnya datang dari keluarga. Rentetan kronologi itu membuatkan aku terkapai-kapai keseorangan mencari jalan untuk aku menggunakan 'kompas' itu.
"Hidup ini perjuangannya dengan mencari wang kah?..jika itu jalannya adalah perniagaan"
"Hidup ini perjuangannya dengan menjadi ilmuan kah?..jika itu jalannya berpaksikan pendidikan"
"Hidup ini perjuangannya dimana?.."
Aku keliru sewaktu usai spm dulu, pengalaman menjadi president PUM mengajar aku erti jalan seorang usahawan. Kalam "nak jadi kaya tak perlu bazir masa masuk universiti" itu ada benarnya. Kerana kata kunci untuk seorang usahawan itu adalah pengalaman ilmu dan masa.
Doaku setiap hari moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita hidup di dunia ini sebagai seorang hamba. Sejak itu wallahi redha akan arah kehidupan itu timbul. Usaha yang terbaik dan insyaAllah Dia akan berikan yang terbaik. Itu kena yakin betul-betul.
Oh ya, jawapan untuk perjuangan hidup itu terkandung pada kamus hidup masing-masing. Perjuangkan agama dalam kapasiti keupayaan masing-masing itu yang terbaik.
Usrah
Doa dan rintitan hati ini pada Ilahi sejak aku dibangku sekolah ialah peluang untuk menikmati manisnya kasih sayang dari sebuah keluarga. Dan realiti akhir zaman ini adalah retaknya institusi keluarga itu sendiri. Pesan aku buat rakan, sebelum kita berfikir untuk menikmati kasih sayang yang halal dari seorang ajnabi yakni dari seorang zauj/zaujah didik diri kita mengamati erti seorang ibu dan ayah.
Entri yang carca marba, heh.. ini kira entri luahan perasaan juga U_U.
p/s: Hanya berkata-kata atas konteks usrah secara literal yakni keluarga.

Usrah,
Sinopsis-sinopsis aku dan dia,
Yang berkembang dengan kehadiran kain-kain putih untuk dicorakkan,
Memikul tugasan sang murabbi mendidik jiwa bakal dai'e,
Secebis usaha dakwah untuk mencari redhaNya,
Agar kita bahagia bersama-sama di syurga kelak,
Allahumma amiin...
Jika ditanya harapan aku akan dunia ini, aku idamkan sebuah usrah.
Andai berkeluarga itu membuatkan aku semakin hampir pada Mu yaRabb izinkanlah dan andai berkeluarga itu membuka ruang untuk aku menjalankan tanggungjawab dakwah Mu yaRabb izinkanlah. Tapi pinta ku yaRabb, permudahkan dan perkuatkan lah aku untuk membaiki keluarga yang Engkau amanahkan ini.
Allahu musta'an.
Entri yang carca marba, heh.. ini kira entri luahan perasaan juga U_U.
p/s: Hanya berkata-kata atas konteks usrah secara literal yakni keluarga.
Comments
Post a Comment