Something to ponder with
Akan tiba masa memegang erat agama itu bagaikan mengenggam bara api. Dan akan tiba masa golongan beriman menjadi sekelompok yang asing.
Ambil masa islah balik diri, dosa-dosa kita yang nyata dan tersembunyi.. Moga titik-titik hitam itu luntur menjernihkan hati dengan taubat.
"Aku mengaku beriman bahawa rezeki itu Allah beri,
Tapi aku was-was dengan gaji yang sedikit ini,
Aku mengaku beriman bahawa jodoh itu ketentuanNya,
Tapi aku meratapi perginya insan yang aku cintai,
Aku mengakui syurga itu diamnya orang-orang yang beriman,
Tapi aku masih lena dibuai maksiat,
Aku mengakui mujahadah itu penuh duri,
Tapi aku bertangguh kerana takutkan kesukaran,
Dan aku mengakui bahawa kematian itu pasti,
Tapi aku menangguh-nanguhkan taubatku
Aku ini beriman atau pura-pura beriman?..."
Ambil masa islah balik diri, dosa-dosa kita yang nyata dan tersembunyi.. Moga titik-titik hitam itu luntur menjernihkan hati dengan taubat.
Comments
Post a Comment