Skip to main content

Soal jodoh

Dua hari lepas sambil-sambil menyiapkan tugasan tiba-tiba IM berbunyi. Ada orang inbox diFb.

"Assalamualaikum, maaf akak menganggu nak tanya soalan peribadi ni.."

"Wa'alaikumsalam, err soalan apa ya.." balas ku

"Sudah ada orang istimewa?.."

Ini bukan kali pertama seseorang mahu jodohkan aku, yang ke-3 termasuk yang ini. Kelu lidah nak menjawap, sebab diri tahu soal jodoh dan perkahwinan ini bukan semudah itu.

Rasulullah saw bersabda dalam sahih bukhari:

"..Carilah walau sebentuk cincin besi, balas pemuda itu tidak ada, dan cukup la ayat Quran yang dihafal sebagai maharnya.."

*boleh semak hadis penuh dalam sahih bukhari (will update this full hadith in next future insyaAllah, tulis berdasarkan ingatan ni)

Benar Islam itu agama yang meraikan fitrah hambaNya. Tapi realiti paling tidak realiti buat diri ini tidak semudah itu. Diri masih lagi terikat dengan pelajaran. Dulu selepas tamat degree awal bulan 6 lepas, termenung memikirkan soal ini. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki dalam soal pekerjaan. Dan alhamdulillah Allah buka jua peluang untuk sambung master. Pelajaran, jalan itu akhirnya istikharah membawaku. 

Masing-masing ada ujian dan halangan tersendiri bukan dalam hal perkahwinan ini?

Hajad di hati mahu menikahi seorang yang aku cintai dalam diam (read: bukan kapel atau hal yang tidak syarie'). Fitrah kita jatuh cinta, tapi bendung ia dengan taqwa cubala sebaiknya hindarkan unsur fitnah dan maksiat. Doa, istikharah, istisharah dan usaha itu penting. Berusaha juga untuk itu, tapi Allah know best. Doakan dia berbahagia dan Allah merahmati hidupnya allahumma amiin. 

Kadang pelik juga apa la kualiti yang ada dalam diri aku ni..

Ibrah yang hendak dikongsikan cuma satu. Islam itu asalnya asing, dan akhirnya juga asing maka beruntungla orang yang asing (alGhuraba). Di akhir zaman ini syiar Islam itu kelihatan pelik, adaptasinya juga pelik. Hanya orang pelik saja yang memahami dan menerima kepelikan itu. Ia bukan mudah.

Aku pernah dibenci kerana menyeru pada yang ma'ruf dan menegur kemungkaran, pernah juga dipanggil bagai orang kehilangan isteri dan serabai kerana menyimpan janggut (walhal janggut sudah diperkemaskan). Itu ujian kecil saja :)

Berbalik kepada isu jodoh, jujur kata tak pernah terfikir dan merancang pun hal itu. Nak tanggung dosa anak orang itu berat, kena cukup ilmunya kena baik juga iman di dada. Yela, menjadi Qawamah dan amir itu bukan hal main-main. Matlamat jannah firdausNya, bersama-sama dengan ahli keluarga kelak bukan?

Nasihat diri ini buat sahabat yang merancang perkahwinan selain soal walimahtul urus yakni kumpul duit isu ilmu itu jangan sesekali abaikan. Belajar walau sedikit fiqh usrah, fiqh haid (terutama buat adam), fiqh munakahat, belajar urus diri, kewangan dan ilmu-ilmu yang lain juga. Yang paling penting belajar didik diri dengan akhlaq dan adab para soleh. Anda-anda nanti kelak akan menjadi si pelukis buat anak-anak, mencorakkan mereka dengan tarbiah islmaiah hendaknya, jadi tarbiah diri kita dulu boleh?

Kadang terpengaruh juga dengan cerita ketika cinta bertasbih, akhirannya bernikah juga dengan orang yang kita cintai secara diam itu..heh, tak mengapa la :)

#Buku-buku yang disarankan belajar dan hadam sebagai persediaan seorang qawamah kelak:
1) Diari hidup rasulullah saw [pts]
2) Fiqh kerahsiaan wanita dr.saadudin
3) Fiqh solat 4 mazhab/ buku solat by Uzar pun cambest juga
4) Sahih bukhari/ ihya' by imam Ghazali [lengkap] 
5) Fiqh anak soleh [pts]
6) alQuran [ultimate lengkap], tadabbur surah anNisa' dan anNur banyak membantu (at least bagi aku)
7) dan lain-lain buku-buku hilal asyraf ke, buku Ustazah Fatimah ke, buku Ustaz Pahroi berkaitan lelaki itu cambest juga (lupa tajuknya)

Have taqwa dan jangan risau akan hal Ghaib yakni hal yang Allah sembunyikan contoh mudah isu jodoh. Senyum la senyum kan manis itu :) 


Serba salah juga ya nak tolak orang ni, dan serius aku rasa macam perempuan patutnya aku yang beria mencari calonnya. Huh, nak hidup mengembara jalan-jalan tengok dunia, kata pelancong di dunia ini >.<..one day biiznillah


Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

Wut the tut is going on

As I mentioned in my previous post,the last remnant post that I can play it for a short period.I begin to seek for a solution , as for the result I found that whenver the mechine got hotter the game play got lagging and eventually stuck . I decided to use a help from a third-party software to measure the temperature of my laptop and it really freaking me out, the temperature is about 101 celsius, WoW~ I can barerly cook something on that temp. heres the screen shoot>> Obviously it is bacause I'm using an AMD prosessor , I know AMD produced higher heat that Intel , but seriously din't aspect this. This clip is the comparison of AMD and Intel prosessor. Judge it yourself, some people would prefer AMD because of religious reason , Intel support zionis..that what they said,honestly I don't know the truth behind this fact,Wa'llahhualam~.But for performance I did honestly recommanded Intel's prosessor, why?.It use less energy,lest heat produced, more stable and more...

Remodeling::Hurm

Bismillah~ This time I've done the best (hopefully) to remodeling My blog::Not a diary's layout.Simple,clean and contra,that are the theme I used for this layout.Guess what?,did u notice the 'cute' icon , the one on the right side of my blog , on the trail?. Man,it is a pain in ass to put that.Seriously, I got my code crash as I tried to apply those particular code.But ,alhamdulillah at the end it worth trying.Owh,by the way I stole the code HeRe .Hehe.. p/s:if u found that this blog is lagging.plz inform me ok..thanks p/s lagi:cuti tinggal seminggu..haha..adoi love this pic:dari cik para