Skip to main content

Syahadah

Ada satu kalimah dalam Islam yang sangat mudah disebut tapi berat kandungannya.

Syahadah:

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالل

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya.."

Satu ikrar penghambaan yang total. Tapi kita selalu tergelincir.
Berikrar Allah itu maha kuasa tapi ada kuasa yang kita lebih takutkan (hantu, bos, tak siap assingments, tiada kerja dan lain-lain),
Berikrar Allah itu pemberi rahmat tapi kita mengeluh akan kekurangan,
Berikrar Allah itu hanya yang berhak di sembah tapi ada yang 'menyembah' dunia dan seisinya..

Hari ini habiskan masa bersembang dan bersyura dengan Padil, dia baru balik dari keluar 4 bulan. Mantap pengalaman dia, point yang nak dikongsikan, mujahadah hati itu sukar perlu pengorbanan. Kita boleh lebam lutut beribadat tapi tanpa islah, ilmu dan taqwa ibadah itu sekadar senaman (dia bagi contoh orang pergi haji tapi lebih sibuk tangkap gambar dan upload diFb). Penghayatan itu tak ada.

Tak dapat buat semua kita cuba berjinak sikit-sikit yang penting try the best untuk istiqamah.



Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)