Skip to main content

Aktiviti hari ini

Rezeki Allah bagi berpeluang join usrah kelolaan Hilal Asyraf tadi,

Pengisian yang tidak terlalu berat berkaitan hadis pertama Imam AnNawawi yakni perihal niat. Rentetan kupasan yang alhamdulillah bermotivasi dan bermanfaat.

Menariknya pada usai sesi usrah tadi,
Kami buat satu halaqah, Hilal berkongsi cerita fenomena yang mendabik dada-dada ummah, dari satu sudut racun orang-orang agamawan sehinggalah ketaksuban masyarakat membelah-belah atas nama politik. Satu-satu dikupaskan.

Ia satu fenomena awam yang busuk kalau nak dirumuskan. Barah akhlaq juga membusuk sekarang ini, dengan prejudisnya, keyboard warriornya, fitnah baik menyebar dan membuatnya, tidak kurang juga kejumudan orang-orang yang melabel diri atas nama agama itu sebahagian contohlah. Yang menjadi mangsa:

Orang awam yang baru nak belajar kenal agama keliru atas perbalasan orang agama,
Orang yang cuba mengutarakan pendapat atas suatu hak terus dilabel macai atau lalang,
Orang yang baru hendak berhijrah terpinggir dengan sikap asabiah segelintir ikhwah wa akhawah yang hanya mengedik islamik..

Perkara yang hampir sama abang syarief pernah kongsi dulu kalau tak silap time kelas cad dulu..kot. Belajar dan faham agama, bukan untuk jadi ustaz bukan untuk bercakap depan awam tapi untuk kita kenal diri. Banyak sangat yang kita tidak tahu pasal agama ini, (maybe itu jugakan reason abang syarief tukar aliran dulu) if salah betulkan U_U..

Agreed, banyak cabang kalau hendak dibincangkan isu-isu ini. Pesan murabbi aku dulu, jangan didik diri dengan sikap cepat menghukum. Setiap yang datang pada kita baik ia satu perkhabaran mahupun seseorang. Nilai dengan hikmah bukan emosi, cuba memahami atas satu perselisihan pendapat. Tiada guna nak tunjuk siapa betul siapa salah, kelak emosi yang dominan hanyalah ketidakpuasan hati. Ingat lagi status kucing yang aku kongsi isnin lepas? Adaptasikan lah dalam konteks yang meluas.

Bertolenrasi atas perbezaan pendapat itu cemerlang.

Entahlah...wallahu almusta'an moga aku berlepas diri dari fitnah-fitnah dunia ini, hanya mahu dipergunakanNya untuk berbuat sesuatu pada agama dan ummah, moga kelak mati nanti dapat aku merayu depanNya..

"I've done this little deed yaRabb, can it help me to gain your please?"

Have taqwa kawans, muslim itu peribadinya ada visi bukan terhad visi dan misi di atas dunia ini saja tapi visi menuju akhirat kelak. Syurga bukan neraka matlamatnyakan. Dan dengan taqwa jua yang kelak akan membedakan kita dari 7 tingkatan syurga dan 7 tingkatan neraka yang mana satu diamnya nanti.

Wallahualam.

Tiada orang kenal,
Tidak terikat dengan mana-mana kejumudan fikrah,
Hanya bergerak untuk mencari ajr Allah,
So much fun volunteering tidak berdaftar atas mana-mana pertubuhan pun tak apa,
Nak buang halangan atas jalan tak perlu join ngo untuk latih diri..heh

Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor