Ada kawan tanya kenapa rajin update status berbentuk Islamic, nasihat dan motivasi lebih dari aktiviti-aktiviti kendiri? Lebih baik buat fan page, timeline kau guna la untuk hal peribadi. Dan friend list kau bukannya ramai pun.Quoted status Facebook sendiri,
Personaly hal yang so called personal lebih suka simpan untuk diri dan orang-orang tertentu saja. Selain internet ini tiada istilah privacy, why not gunakan untuk kebaikan bersama? Dan sebenarnya tabiat ini di influence dari abang syarief sendiri, seawal tahun 2010 kot? Tak ingat, bagus akh sorang ni. Dia mula dengan perkongsian hadis (satu hari satu hadis etc,). Saya pun tiru la sikit-sikit. Heh..
Asalnya tiada keperluan pun untuk aku berfacebook/social networks ni. Tapi lama-lama macam seronok pula luangkan masa baca balik prev posts. Seakan menasihati diri sendiri pun ya.
Jadinya perkara yang nak dikongsi ini satu saja. Social networks dan fitnah macam aur dengan tebing. Salah faham, gosip, khabar angin, pintu pada permulaan maksiat (dalam konteks ikhtilat) dan lain-lain. Kalau hal yang serius untuk dibincangkan ada baik bersemuka, tulisan..lain cara bacaan dan nadanya lain pemahaman maksudnya. Tak kurang juga ada yang bergantung pada facebook untuk menilai seseorang. Itu tidak praktikal kawans.
Benda macam ini tools je, either kita guna untuk rosakkan diri atau asbab didik diri menjadi hamba yang bertaqwa. Pilih la.
Aib diri,Aib orang lain,Aurat diri,Aurat orang lain,Jaga la..Tak de orang 'like' atau komen tak bermakna mereka tak nampak.
Moga kita semua terhindar dari fitnah akhir zaman ini, dan dapat manfaatkan setiap saat online sebagai ibadah..allahumma amiin. Have taqwa, hidup ni sat je. Harap tak mati nanti kena susahkan orang minta tolong hack akaun social networks sudah la..
Terasa ingin dicampak di sini mana tahu suatu hari nanti Facebook dikenakan bayaran..heh, menteri-menteri bijak la dalam berkata-kata.
Anonaimus paling terbaik tika online, didik diri berbincang atau ambil manfaat atas isunya lebih dari siapa. Kadang trend manusia hanya ambil manfaat atas kefemesan individu bukan? Ia, jijik bak ang.
Allahu alam
Comments
Post a Comment