Skip to main content

For the rest of my life

"I want her to be the only girl that I love for the rest of my life."

Masya Allah.
Ini 'janji' lelaki setia.

Sesetia Nabi Zakaria menemani hari hari mandul isterinya hingga ke usia tua. Ajaib! Yakin dengan Allah, Allah berkati jua cinta mereka dengan keturunan.

Anak gadis merindui 'wali' pembela seperti Rasulullah Saw.

"Fatimah sebahagian daripadaku. Siapa yang menyakitinya, bererti menyakitiku. " (Rasulullah SAW, hadis sahih).

Tiada yang mustahil dengan doa..."

-Ustazah Fatimah Syarha-

Tertarik dengan perkongsian ustazah ni,
Pengalaman hidup banyak kali juga aku kena lamar..sounds kinda poyo but i think it worth sharing kot.

Ada dua pattern akhawat yang approach aku untuk berbait muslim either by orang tengah atau dari sister itu sendiri.

1- Yang mahukan sesorang untuk mengubah dan membaiki diri dia
2- Mahukan qawamah yang dapat memberi keselesaan hidup untuknya

Terpanggil untuk berkongsi pandangan buat kedua bentuk fikrah ini. Tak salah dan tiada yang peliknya. Cuma my view, perkahwinan itu satu tanggungjawab. Keluarga sebuah madrasah untuk mendidik generasi yang kita katakan khairan ummah. Ia hal yang serius.

Buat yang pertama: Suami bukan saja murabbi buat kamu, dia juga qawamah dan amir buat keluarga kelak. Komitmen dia besar, wajar bagi kalian memperbaiki diri dan ilmu sebelum berniat untuk berumah tangga. Lagipun 24:26 bukan? islah dan tarbiah diri dulu sebab kelak boleh bersama-sama suami untuk kerja dakwah yang lagi besar.

Buat yang kedua: Keperluan hidup, status kewangan yang stabil. Semua itu memainkan sedikit sebanyak peranan dalam keharmonian rumahtangga. Itu benar, tidak banyak yang boleh dihuraikan cumanya, kapal yang besar sekalipun kelak bergoyang juga jika dipukul ombak yang kuat. Lagipun 24:32 bukan?

Jenis yang kedua itu seronok diperhatikan gelagatnya,

I once said "Sister, saya ni ada motor je..dan masih sambung belajar. Nak selesa, mungkin tak mampu awal-awal ini.." .Some terus tak reply and some..block me.

To my sisters in Islam yang terbaca perkongsian ini. Lagi-lagi yang bujang, tajdid kembali niat dan matlamat perkahwinin itu. Nak kata seronok bercinta ni, aku pun tak de pengalaman mana pun. But yah, people become crazy aiyt atas soal hati ini.

Jaga hati.

Sambil membaiki diri, berusaha dan berdoa juga yang punyai matlamat hidup yang sama. Waiting for a ninja..heh.

Have taqwa kawans, sorry la nak buat macam mana tema sebelum bulan April kan. Heh.




If i can sing that song to her father..if and only if. Doc india, be the best wife/mother to the one that you commit your love too.

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)