Skip to main content

Khutbah Jumaat

Macam kebiasaan khatib menyeru para jemaah untuk bertaqwa,

Mimbar menyentuh soal jimat dan bersederhana dalam kehidupan. Baik dari segi pembelanjaan mahupun hal-hal kehidupan yang lain. Awal khutbah bunyinya seakan bias, mimbar seakan meletakkan beban pada rakyat untuk berjimat atas 'kecuaian' pemerintah sejajar dengan isu kenaikan kos sara hidup. Tapi tidak, yang memerintah pun terkena tempiasnya..ini rare, heh

Khutbah kedua perihal teguran buat sang belia untuk memanfaatkan masa muda dengan aktiviti yang bermanfaat.

Khutbah ke-2 itu menarik hati sebab lately aku pun tengah ponder, islah dan rangka balik hidup ini. Macam abang syarief bagi perumpamaan dulu, kita ambil contoh pelangi, ia ada variasi warna dan setiap warna itu ada landasan dan fungsi mereka tersendiri, tapi matlamat setiap warna itu sama, macam itu la juga kita, terpecah pada beberapa jemaah/kumpulan/ngo etc. dan masing-masing ada peranan dia tersendiri tapi matlamat kesemua kumpulan itu sama.

Hidup bermatlamatkan keselesaan di akhirat, dan ada berjuta cara yang Allah berikan untuk kita pilih. Tapi nak pilih jalan yang mana? Komitmen dan fokus menyusur bersama kot.

Istikharah.

-Have taqwa kawans, hidup kita ni sat je. Dan tahun ini usia bertambah satu lagi, i'm not sure but i kinda having this feeling of regret lately banyak sangat masa yang dah dibazirkan. 25 tahun hidup, apa yang aku dah buat? Untuk diri, keluarga, agama..

Last week, lepak dan sembang-sembang dengan supervisor. Pfft, kena bebel lagi. But, thanks madam.

Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)