Skip to main content

Kisah Imam Syafi'e Rahimahullah Menuntut Ilmu

Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin, beliau telah menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik Rahimahullah memerhati segala tingkah lakunya.

Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab Imam Syafie, "Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?" Jawab Imam Syafie, "Maaf Tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang Tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk menghafalnya".

Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Syafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, "Tetapi kenapa tapak tangan engkau kosong sahaja?"

Kata Imam Syafie, "Benar tuan. Namun demikian, saya telahpun menghafal kesemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu".

Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu pun hadis yang tertinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya.

Semenjak peristiwa itu, Imam Syafie dijemput untuk tinggal di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan lamanya Imam Syafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta'. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan untuk mengajarkan ilmu kepada murid-murid yang lain.



Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

Remodeling::Hurm

Bismillah~ This time I've done the best (hopefully) to remodeling My blog::Not a diary's layout.Simple,clean and contra,that are the theme I used for this layout.Guess what?,did u notice the 'cute' icon , the one on the right side of my blog , on the trail?. Man,it is a pain in ass to put that.Seriously, I got my code crash as I tried to apply those particular code.But ,alhamdulillah at the end it worth trying.Owh,by the way I stole the code HeRe .Hehe.. p/s:if u found that this blog is lagging.plz inform me ok..thanks p/s lagi:cuti tinggal seminggu..haha..adoi love this pic:dari cik para

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor