Skip to main content

Nak dengar cerita seram? : kiamat

"Engkau percaya dengan hari kiamat tak?.." sergah Mior memecah lamunanku.

"Mesti la percaya..awatnya?"

"Andai la yang kita tahu bila terjadinya kiamat apa yang kau akan buat?.."

"Mungkin tunggu beberapa jam sebelum kiamat then pulun taubat sungguh-sungguh...kot"

"I see macam yakin je sempat dan diterima taubat tu kan, dan kalau kita tak tahu pula?"

"Dok eh, tapi benda last minit ni feeling dia serius banyak sikit kot, tengok time kita study untuk final la, imbakan.. Kalau tak tahu, setiap saat tu kena hati-hati la, usaha mantapkan dan tambah amal ke, mau tiap malam buat solat taubat..tak gitu?"

"Setuju, dan situ la datangnya natijah relevannya dirahsiakan tarikh kiamat dan kematian kita. Sifat manusia ni mudah lalai dan ambik mudah akan hal yang mereka pasti dapat.."

"Amboi falsafah, boleh buat video masuk U2tube ni.. femes la hang..hehe"

Ketawa sinis kami dibuatnya, tapi ada betul juga isu yang dipetik oleh mior itu. Hal ghaib ni boleh jadi ia hadiah boleh jadi ia musibah yang seharusnya bersifat mentarbiah. Sebab itu nabi saw menyuruh kita andai tahu esok tibanya kiamat lekas-lekas ditanam benih jika ada. Fokusnya untuk kita itqan pada masa sekarang bukan berangan pada hari esok atau menyesali hari semalam. Teringat hoax 2 tahun lepas, kiamat sudah tiba katanya.

Soal jodoh, pasangan yang berkahwin pun boleh bercerai bukan? inikan pula yang tiada ikatan sah. Soal rezeki pun, boleh jadi wang simpanan di dalam bank itu esok bukan milik kita lagi dan boleh jadi hari ini berlapar esok ada kenyangnya. Itu contoh lah.

Jadi buat apa risau akan hal yang tidak pasti, seharusnya manfaatkan dan hargai apa yang pasti sekarang ini. Ada isteri/suami dan anak-anak hargailah mereka sebelum salah seorang pergi. Waktu muda, guna dengan bijak sebelum tua mengambil-alih. Itu contoh juga tu.

"Somehow terasa sedikit beemotivasi, jazakallah mior.., eh, hilang dah dia. Mior-mior, macam tahu-tahu saja aku tengah depresi ini.."

Ujar hati kecilku. Seronok ada sahabat yang saling mengingatkan kita kembali pada jalanNya ini. Alhamdulillah.

Sahabat.

Tiba-tiba hati tersentap, memori lama aku imbas berkali-kali. Lantaran itu aku bergegas bangkit dari kerusi dan menuju ke pintu bilik yang terkunci dari dalam itu. Pintu masih terkunci, mata meliar melihat keadaan bilik bujang ini.

"Celah mana mior keluar tadi?.."

"Jap, siapa mior?..."


-Nah cerita seram, khutbah tadi khatib cerita pasal OKU (orang kelainan upaya). Jangan discriminasikan mereka, pesan khatib.

Have taqwa



Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)