Skip to main content

Plagiat:Bermuamalah Dengan Baik Sesama Manusia

Ust Yasir Ramlee berpesan: 

Bermuamalah dengan manusia dengan baik salah satunya adalah melalui interaksi yang baik. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas sehinggakan tidak perlu berjela-jela, terutama dalam urusan membabitkan pekerjaan.

Penggunaan tuturkata dan laras bahasa yang baik kepada orang yang diajak bicara membuatkannya senang menerima mesej bicara. Sebaliknya kata-kata kesat dan sinis hanya membuatkan insan lain merasa benci dan meletakkan "penghalang" daripada menerima mesej yang hendak disampaikan walaupun ia benar.

Selain daripada itu juga, bermuamalah dengan baik juga dipengaruhi oleh keadaan mimik muka atau ekspresi si pembicara. Adalah Nabi shallallahu 'alahi wasallam itu orangnya senantiasa tersenyum dan tidaklah lebih daripada itu. Tidak terbahak semasa suka dan tidak juga bermasam muka.

Sentiasa berwajah serius dan kusam menyebabkan orang menjauhkan diri. Manakala sering-sering berseloroh dan bermain-main menjadikan empunya diri kelihatan lekeh. Seolah-olahnya tidak ada suatu tanggungjawab yang boleh diberikan kepadanya.

Ada suatu ulasan Al-Imam Al-Zahabi yang menarik terhadap seorang perawi yang thiqah tetapi dikatakan tak pernah tertawa. Katanya:

بَقِيَ هُنَا شَيْءٌ يَنْبَغِي لِمَنْ كَانَ ضَحُوكاً بَسَّاماً أَنْ يُقَصِّرَ مِنْ ذَلِكَ، وَيَلُوْمَ نَفْسَهُ حَتَّى لاَ تَمَجُّهُ الأَنْفُسُ، وَيَنْبَغِي لِمَنْ كَانَ عَبُوساً مُنْقَبِضاً أَنْ يَتَبَسَّمَ، وَيُحسِّنَ خُلُقَهُ، وَيَمْقُتَ نَفْسَهُ عَلَى رَدَاءةِ خُلُقِهِ، وَكُلُّ انحِرَافٍ عَنِ الاعتدَالِ فَمَذْمُوْمٌ، وَلاَ بُدَّ لِلنَّفْسِ مِنْ مُجَاهدَةٍ وَتَأْدِيْبٍ.

"...Tinggal lagi di sini, hendaklah seseorang yang kuat tertawa tersenyum untuk mengurangkan daripada (perbuatan) tersebut. Dan mencela dirinya sendiri sehingga diri tidak bergelora dengannya.

Dan hendaklah seseorang yang yang sering bermasam muka lagi keras untuk senyum, dan memperelokkan akhlaknya dan memarahi dirinya sendiri disebabkan buruk akhlaknya.

Dan setiap yang menyimpang daripada pertengahan (kuat tertawa dan selalu bermasam muka) adalah tercela, dan tidak dapat tidak bagi setiap diri itu perlu berusaha (memperelokan diri) dan berakhlak"
[10/141: سير أعلام النبلاء]

Semoga saya yang menulis ini juga dikurniakan akhlak yang baik dan mudah untuk bermanis muka.

وبالله التوفيق والهداية...



Comments

Popular posts from this blog

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)

2.05

Nothing,just sharing a video of me playing rubric cube.2 minute and 5 sec,the fastest time I could. sorry for the blurry image,phone cam lor