Skip to main content

Itu

Dalam riwayat Imam Muslim perawi (Abdullah bin ‘Amar) r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya Nabi s.a.w. katanya:

"Siapakah dia muslim yang terbaik?"

Berkata Rasulullah saw:
"Yaitu seorang muslim yang membuat orang-orang muslim atau yang lain selamat dari gangguan kejahatan lisan dan tangannya.."

(HR: Muslim)

Moga kita menjadi pemimpin yang terbaik buat diri dan orang yang dipimpin,
Moga kita menjadi suami/isteri yang terbaik untuk (bakal)pasangan,
Moga kita menjadi murabbi terbaik buat amanah didikan,
Dan moga kita menjadi hamba dikalangan yang terbaik bila menghadap Allah swt kelak..

Nakkan yang terbaik dalam hidup tapi tidak memberikan yang terbaik, awak hanya berangan kosong saja tu..

------------

'Am i being the best out of me? Rasa macam tidak, since graduate tahun lepas satu-satu ujian berat Allah beri tapi satu-satu juga ujian berat yang dulu Allah permudahkan.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Dulu hajadnya lepas grad nak benar-benar komited pada satu jalan itu, jika ada peluang dan ruang teringin nak ke syria/ gaza mati syahid di sana pun bagus juga. Tapi jalan, rezeki serta tanggungjawab yang Allah izinkan selalu kontradik dengan hajad tersebut.

Dan awal sem tempoh hari ada sembang-sembang serta bertukar pendapat dengan supervisor akan hal ini. Nasihat dia, keep calm and go with this phase. Join dia in radiation/ nuclear field (as what i've been doing in my research and the past final year project), that's also a jihad. Mereka-mereka in this field terutamanya muslim sangat dipantau, dan peluang kena tangkap atas tuduhan militan itu tinggi juga.

Plus, muslim sekarang ini sangat terikat dengan sekularism, yang berada dalam lapangan professional kurang asas agamanya, dan yang dalam lapangan agama kurang professionalnya. Bahkan terlalu ramai muslims yang dulunya dia study bidang professional (engineering, economics etc) akhirnya tinggalkan bidang itu untuk menjadi agamawan. Itu satu kerugian dalam konteks khairun ummah.

Serius berat bro,
Mohon doanya kawans, i don't mind dying and sacrifice my leisure for this deen. Yet, alhamdulillah i got lots of examples for me to follow their steps with. Most are our seniors in uia.

- Maaf teringin nak meluah, maaf juga kalau kontennya agak berat dan tidak boleh diterima akal bagi sesetengah. Lain orang lain fikrahnya bukan.

Kebiasaan setiap status yang dipost i did take into consideration keunikan setiap orang, dari segi adaptasi dan penerimaan mesej. Bukan semua orang melalui pentarbiahan yang sama dan bukan semua orang juga yang punyai pandangan yang sama. Sebab matlamat asal perkongsian moga manfaat itu sampai pada yang Allah izin membaca. Jadi kena general-kan.

Allahu ta'ala alam


Comments

Popular posts from this blog

Sejadah yang tidak berlipat

Ada satu hal misteri yang bermain di minta semasa aku kecil. Tiap kali menziarahi nenek mata tercacap pada sebuah bilik yang tidak berpenghuni. Bilik kosong, dijadikan setor mungkin. Uniknya pada sehelai tikar  sejadah diam di tempat yang sama, tidak dilipat tidak juga dialihkan. Mungkin..sejadah itu sudah jadi alas kaki, prasangkaku. "Opah, opah..dalam bilik tengah tu kenapa sejadah tu macam tu je dari dulu?.." "Itu sejadah arwah atuk kamu.." "Atukkan dah lama meninggal, kenapa tak kemaskan je?..hantu eh?.." "Ish kamu ni, bilik itu bilik istimewa buat atuk kamu. Dia selalu ber-uzlah dan berkhalwah dalam tu" "Uzlah tu apa khalwah tu khalwat ke? dosa la kan" *Tersenyum, "Bukan macam tu, uzlah itu mengasingkan diri manakala khalwah bersunyi diri di suatu tempat tertentu bagi membolehkan seseorang itu focus beribadah tanpa gangguan dari sesiapa..khalwat itu haa yang itu Allah tak suka" "Oooh, lain eh. Abis tu kenapa tak lip...

Bangang gila~

Ok,tajuk entri agak kasar.Maaf.Sebenarnya aku baru usha-usha laman web oh.tidak tadi.Err,tengok la mungkin kamu akan setuju dengan aku oh tidak . Bismillah dan salam, Haa,ada nampak apa-apa perubahan di sini? apa antara muka blog ni dah cun!?..haha,pandainya!. Yup,baru saja selesai 'design' layout blog.Nak komen silakan.Cbox di sebelah kanan pautan ke ruangan komen di bawah entri. (^_^) Cuti tinggal seminggu sebelum bermula sem baru.Aku bosan serius bosan.Tapi dalam kebosanan ni sempat juga dua kali aku ke Genting Hinghland :P.Pertama bersama ahli bilik,menaiki motor.Pergh,penat sial.Nak cerita ni,tak nak dengar sila 'scroll' kebawah. Seawal jam 9 kami bertolak ke Genting Sempah,Besarapan disana.Kemudian naik keatas,alhamdulillah tiada kemalangan walaupun hampir 3 kali motor hilang kawalan.Kami tidak masuk ke taman tema,sekadar melepaskan nafsu masing-masing mengirup udara segar dipuncak.Sebelah petang singgah di Ulu Yam,bermandi-manda,oh,kami balik ikut jalan lama. diU...

komik 4 petak:adab dalam masjid

sebaik-baiknya fokus melakukan amal ibadah di dalam masjid mahupun surau,bersembang la di luar  moga bermanfaat :)